Wednesday, June 13, 2012

Mentaksubkan Diri Sendiri

Assalamualaikum .


Perghh nampak kan aku begitu taksub dengan post kali nie ? okehh aku memang suke 'mentaksubkan'  diri sendiri . Bagus untuk kehidupan . kadang kadang . Oh namun begitu , aku bukan nak cerita kepentingan serta kemaslahatan 'mentaksubkan' diri sendiri mahupun orang lain .

Harini rutin hidup aku macam biasa . Bangun - makan - online pesbuk - makan - makan - makan - tido . phewww aku rasa hidup aku dah sama dengan beruang panda yang mata berlebam tu . Takpun macam koala bear . malah lagi teruk . mungkin ? . haha . Dulu masa dekat PLKN setiap petang pegi jogging . Kene denda lari 10 pusingan pun . watlek watpeace aje . Sekarang , nak naik tangga pun dah serupa suster ngesot . Perumpamaan yang melampau , wanie . Disebabkan sekarang nie kerajaan telah mengiktiraf aku sebagai penganggur terhormat lagi mulia , aku telah menyifatkan ianya sebagai penghargaan yang bakal dialami oleh semua lepasan SPM di Malaysia . *hamboi tahu lah bm A haritu . Kalau online pesbuk tu macam buat revision saat-II akhir nak SPM haritu , mungkin aku antara pelajar yang paling sangat amat cemerlang . Aku rasa macam dah jauh terpesong apa yang aku nak cerita dalam entry kali nie sebenarnya .

Okay okay , sebenarnya tadi aku telah menyelongkar semua mende alah dalam laptop aku yang 2-3 hari lagi nak menemui ajal nie . Tuptup terjumpa gambar riang raya tahun lepas .
Kan ? aku dah tahu ape engko nak cakap . Mesti nak cakap ' eeee , shomelnya yang baju biru dengan baju merah tu pegang budak kecik berkepala botak tu' . Tengok kakak lah , bro . haha . *okeh larii lompat bergalah masuk dalam bakul .

.
Sedap menyandar abang-abang sedara aku nie keng ? . Ini jejaka-II keluarga belah ayah pulak . Aktiviti setiap kali dapat berkumpul ramai-II gini lah . Melepak sampai ke subuh . Makan ,  minum , tido , semuaa bersama sama . Tang becerita kencang , masa nie lah . haha 

Lebih kurang macam nie lah . Belum kemuncak lagi nie . Waktu kemuncak tengah tengah malam . Lepak luar rumah , sampai nampak tok imam lalu depan rumah nak pegi masjid . baru masuk tido . Lepastu masing masing melingkar macam ular batik kenyang makan kambing dekat ruang tamu . Geleng kepala jea nenek aku dapat cucu macam nie . Semua perangai sepesen . Tapi kalau datanglah jiran-II sebelah nak beraya . Masing masing macam baik aje . Nak nak ada anak dara cun . Fuhhh lalu depan org tua tunduk sampai dahi cecah lantai .
Hado yang cam tak kat mane nie ? Kalau oghang noghori tau la agak eh . Sapo sapo yang kampung eh kek Ampang Tinggi , nak nak pulak yang lalu dopan SEKOLAH RENDAH AMPANG TINGGI . haa kona lahh budak budak nie . Tiap tiap tahun melepak dekat tepi jalan macam nie negok jammed depan rumah . Untung melepak macam nie wei , kadang kadang dapat duit raya . Dapat jodoh pun boleh .



*Tiba tiba nafsu nak beraya macam volcano . 


Monday, June 04, 2012

Allah Dah Tentukan

Assalamualaikum .

'wei blink-blink . depa nie sok sibuk-II hal aku pasai apa ? aku nak pi blajaq ka taknak ka , hal aku la . awat dok sibuk sangat ha ? ' .

haaa kan , tak pasai-II aku pung kene marah . Memang harinie aku jadi tempat melepaskan nafsuu kemarahan yang terpendam . fuhhh nafsu kemarahan akuu nak lepas dekat sape ? takpelahh . hoooo itu lahh baru nama nya kawan . betoi dok ? . Back to the topic , lohhh awat lahh manusia nie tak buleh tak jaga tepi kain orang . Biaq pi la dia nak sambung ka taknak ka . Bukann mengugat keamanan dunia serta mengakibatkan kemelesatan ekonomi pung . Cukuplahh kau aje yang sambung belajar nya . InsyaAllah maju negara kita nanti ^^ .

Itu semua kann R.E.Z.E.K.I . Harinie kauu dapat sambung belajar . Mane tahuu esok esok kawan yang dok kau kesahkan sangat nie dapat sambung belajar dekat negara omputeh . Doakan yang terbaik dah leww . Toksah nak kutuk sana ngumpat sini . Tak baik . Rezeki tu Allah dah tetapkan untuk semua hambaNYA . Kalau itu rezeki kita , susah mane pun kita , InsyaAllah milik kita jugak . Tapi kalau bukan rezeki kita , kejar macam mane punn . Itu bukan hak kita .

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi , keluarkanlah
Jika sukar , permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah

Satu lagi , kalau dapat sambung belajar tu . alohh jangan lahh sombong kemain macam nak kene terajang dengan aku . Belajar tinggi mane pun , kalau perangai macam harem , dok jadik jugok . Bemesra alam lah sikit dengan kawan-II yang belum ade rezeki nak sambung belajar nie hoi . 

Ouh yea , lepas aku dapat result spm aku haritu . Teserempak pulak dengan kawan ayah aku dekat area-II Bangi . Dia tanya result aku , takkan tak bagitahu pulak kan . Buatnya bertandang ke rumah aku nak masuk minang , mesti dia tanye jugak result aku kann ? . nak tak nak , aku bagitahu je lah .  Dia cakap , buat ape A banyak-II . orang zaman sekarang dah tak heran . Tak dapat A pun , masuk U jugak . Tak kire lah gomen ke swasta . kann ? . Bilaa dah berjaya dalam hidup , baru orang sekeliling macam ' wahhhh gila budak nie , dulu bodoh-II kene buli dengan aku dekat sekolah , akhirnya bejaya jugak dia kejar cita-cita dia ' .

Walaupun sekarang nie aku usahawan menternak lemak yang paling berjaya dalam dunia . Nafsu nak pi overseas nak pi sambung blajaq tuuu perghhhh kemain lagi . InsyaAllah .

Kepada mereka mereka yang bermulut loji kumbahan tu ,

hang jangan dok bangga sangat dapat first intake masuk blajaq . first intake ka second intake ka . Bukan pengukur kepada kejayaan seseorang . Jiran aku dulu , tak masuk mane-II univeriti pung . Sekarang nie gaji dia lebih besaq daripada seorang lepasan universiti tauuu . kan aku cakap , REZEKI ! . Tu haa jiran kampung aku , result SPM dia sampai harinie kene gantung tapi fuhhh rumah diaa sikit punya nalaaa . Kereta dia , toksah cita la kan . bederet-deret sampai kene park dekat luar rumah . ini serious woi . Bukan lepasan universiti pun . haaaaa so , hangpa jangan dok ingat , dah masuk blajaq buleh jadi kaya raya . USAHA tu penting . *eceh aku nasihat orang memang no satuuuu .






Friday, June 01, 2012

Geng Sehati Sejiwa Bhg II

Seriously , aku macam tak boleh nak tunggu matahari terpacak atas kepala sebab nak cerita tentang perasaanku mereka yang hebat yang dah berjaya berada dicarta hatii . ecehhh ayat mintak pelempang ke kaki ? JUMMMMMMM sambung ^^

Rawwwrrr dupdapdupdap nak cerita pasal abang botak nie . Raja Farez Shahir . ohmaiiii nasib baik Erin bagitahuu aku name penuh abang botak nie . Kalauu tak , sampai aku beranak sebelas pung takkan tahuu . Sebenarnya minggu-II awal dekat kem , aku tak berape nak perasan sangat kewujudan abang ini . Maklumlah , aku mane hotsetap dekat kem . So, aku macam tak bergaul dengan orang sangat dalam kem . Mula mula je lah . Dapat je balik rumah sebab cuti raya cina haritu , tak tanggal stokin lagii terus onl . Konon nak update status fb ' wahello there world . I'm back . Wanie Malek dah onl pesbuk weii ' . haha . Kenal Farez dekat pesbuk aje lahh . Baik , Kacak , Tinggi . Semua ada dekat diaa . GILA pun dia jugak . Bila dah kene masuk kandang balik . Dia tegur aku dahh . Bila buat pertame kali dia tegurr aku , cehhhh sepantas kilat nie aku balik dorm sebab nak cakap dekat budak budak dorm yang Farez teguur aku . Fuhhh malam tu , tak tido akuu dengan si Jat sebab dia nie lahh . haha . Bila aku dah genap 18 tahun , dia jugak lah yang bagi hadiah . tadaaaa dia belanja air sarsi tin . walaupun harga dia rm 1.80 . tapiii mahal bagi aku tu . Kira okay lah kann , daripada belanja mineral water . Sampai sekarang aku simpan tin tu . Sumpah , aku simpan . Bukan itu saja , *dah lame tak gune penanda wacana . Dia jugak lah telahhh mencairkan hati saya untuk memaafkan kawan dia yang telah berkelakuan kurang sopan terhadap saya . hikhikhik . Datang pujuk saya dekat DM tatkala saya bersendirian , menangis mengenangkan kawan dia tu . Ikutkan hati nak aje lempang muka manusia yang kurangg diajar tu . Tapii , aku nie masihh berhati perut nak jage maruah dia . Kang aku lempang , malu 2 tahun tak hilang . Orang lain sibuk sibuk pegi surau sebab nak solat Asar . Aku dengan Farez lain pulak keje dekat DM . sorang merajuk , sorang lagi berusaha memujuk . sweet kan kita ? Sudahnya , aku solat dalam dorm . YOU ARE THE MOST WONDERFUL PERSON THAT I'VE  EVER MET . <3


Tadaaaa EPUL . Ini lah satu satunya penawar duka aku ketika aku berduka lara . Kalau tak bagi aku gelak tak boleh dohh dia nie . Baik sangat . Mase aku sakit , hari-II suruh makan ubat lah , pegi rehat takpayah join apa-II aktiviti dekat kem . HAIYOOOOO macha , kalau tak join baik takpayah lapor masuk kem . Siap nak hantar makanan dekat dorm aku tuuu . beranii kemainn . tapi tak hantar pung , sembang kencang ^^ . Hahaha . Epul  nie jugak lah rupa-II manusia bermotorsikal yang selalu buat onar dekat depan rumah aku . Dia belum tengok aku merempit lagi , kalau tengok . Confirm tu menangis keluar air mata darah sambil gigit kuku bersila tepi highway . hehehe . Rindu tauu nak duduk lepak dengan dia . Serious kalau korang semua macam tengah mengalami kemurungan berpanjangan . Baik pegi jumpe dia . Baik sangat dia nie . Duduk belakang rumah aku . Tapi sampai sekarang tak penah nampak batang hidung pung . IMISSYOU =_='

Siapa cakap aku tak sahut gagasan 1Malaysia ? Jangan cakap berkawan , baju tradisional kaum India pun akuu pakai  tau . Ini lah jiran depan katil aku yang paling aku sayang . Walaupun dia garang macam cikgu BI aku . tapi aku tetap sayang dia . NAVINIA ANNETA . Banyak tolong aku dia nie . Tolong aku basuh baju bila bajuu aku aku simpan 2 minggu tak basuh . Kesuntukan masa . Mase aku sakit , dia jugak lah yang tolong papah aku pegi bilik air . nak mandi ke nak basuh muka ke nak gosok gigi ke . Siap tunggu aku lagi . Navi jugak lah defender terhebat team futsal aku . Mase budak -II futsal injured (termasuklah aku dengan navi) . Peerghh , semangat kejiranan dan semangat 1 Malaysia membuak buak . Ade 2 orang lagi kawan Indian aku , PU & SATHIYA . aku dengan Sathiya nie dah macam adik beradik . Shampoo kongsii woo . hohoho . Mase aku nak try pakai bajuu dalam gambar nie . Dorang 3 orang nie lah yang siap kann . Pu pulak , selalu marah aku sebab suke tido lambat . Tapi bila malam weekend diaaa pung join sekaki . Bergayut dengan pakwe sampai pukul 3 pagi . Aku pulak yang marah dia . Hahaha .  ILOVEYOUMORETHANWORDCANSAY <3 .

Sebak pulak aku malam malam buta nie teringat dekat mereka . Sebenarnya ada lagi . Tapi malam esok pulak lah akuuu hupdate . Otak dahh jammed . Kalauu diberi peluang untuk pilih duduk dengan mereka ataupun dapat phone nokia yang buleh buat baling anjing tak mati tu . Pilihan aku tetap satu , aku nak duduk dengan mereka lagi . Baru aku rase peritnya berpisah dengan orang yang kita sayang . Kalau dilayan kan aku nie , sampai tok imam balik subuh pung takkan habis merepek .

'Bila aku cakap aku sayang tu , betul lah aku sayang . Bila aku cakap aku benci tu , sebenarnya aku tipu jea . aku sayang jugak ' .

Geng Sehati Sejiwa

Assalamualaikum .

Fuhhh mungkin sekarang tengah musim mengawan bekas bekas pelatih PLKN macam akuu mengimbauu kenangan lalu bersama abang-II botak dan kakak-II seksi . auuuw <3 . haha . eh tapi serious nie , akuu rindu tahap nak meninggal dengan wira & wirawati PLKN . Malaysiaaaa Bolehh ! . nampak kan aku rindu dorang ? hahaha .

Ini saat , aku nak cerita tentang mereka-mereka yang terhebat dalam hidup aku sepanjang akuu  dikurung dalam kem Nilam Ehsan , Bidor , Perak . di kurung pun rase seronok aje . Before aku menjejakkan kaki ke hutan rimbaa yang terletak di tepi highway Bidor , aku tak terfikir pung akan ade kawan dari sana . SERIOUSLY . sebab classmate aku ade 2 orang yang tercampak dekat situ jugak . So, akuu selalu ingat yang aku akan berkepit dengan 2 orang nie aje . Tapi , sampai sampai je kem . tuuuihhh Masyitah dengan aku dipisahkan oleh cikgu cikgu yang iri hati dan dengki melihat keintiman kami . haha . Masyitah dorm P6 . Aku pulak P4 . sedihh aje muka akuu masuk dorm .


okayy dormate gua yang paling kebak ialah Erin . Dia lah orang pertame yang aku jumpe bile menjejakkan kaki ke bilik panjang yang kosong bercat putih dindingnya . Hari first jumpe dahh , gelak besar dengan dia sampaii tekencing-II .  haha . sampai Masyitahh aku buat tak kenal . Jahatkan aku ? . hewhewhew . Dia lahh yang selalu teman dan tidurkan akuu sampai hari terakhir dekat kem . Aku ajak dia borak borak tepi katil aku . Aku atas katil , dia duduk bawah macam tunggu pakwe tesedar dari koma . alaaa macam cerita melayu dekat tv3 tuhh . haa gitu lah . Dia jugaklah yang aku selalu ajak makan mi sedap ditengah tengah malam . SETIAP HARI . fuhhh memang botak balik rumah woii . Lepastu , dah siap bahan santapan , gerak pulak pegi belakang dorm . tempat sidai bajuu yang dicuci wangi bersama Downy . makan mi sedap sambil disaksikan bintang yang bekedipan serta ditemani lagu abang kacak apit . Fuhhhh layan dohhhh . Standard lah kan bila dekat PLKN macam bertemu jodoh 3 bulan . Aku ade jugak . hehehe . Orang yang selalu jadi mangse aku nak becerita pasal abang yayang botak , ERIN lahh . Diaaa sabaar je dengar cerita aku . ERIN OHSEMMM . sayang diaaaa ketat ketat . Maaf yea Erin pasal malam tu . tak pasal pasal kauu kene balik ==' .

. Ini pulak EJAT . haaa Jat , aku letak gambar kauu nie sebab kauu suke gambar nie kan ? kau cakap ' weii , sucinya muke kita . kita atekk ' . Ini lah satu satunya buddy aku yang sentiasa ade dengan aku . Gaduh la macam mane punn , dia tetap ade disamping akuuu . ecehh ayat gramatiss kalah sasterawan negara . Suka sangat carik pasal dengan dia nie sebab sukaa tauu dengar dia men***** . comel sangat . hahaha . Jat , dalam dorm . Kita lahh manusia paling bermasalah . Dari first day sampai lah kita nagis sebab nak berpisahh . kauu dah la duduk Perak . aku pulakk dekat Kajang nie haaa . Sedih tauu =_=' . Kita pegi buat medical check-up same-II . Kene ngorat dengan abang botak  kompeni Delta tu sama-II . haha . overnight sama-II . kalau tak cerita pasal hantu tiap-II malam tak sah woii . Dah cerita , tahu pulak takut tuu . Bila aku sakit , kauu yang jage aku dengan Atiqah a.k.a abang macho . Aku ingat lagi bila kaki aku cramps dekat surau tuu , kau yang tolong . Bilaaa akuu injured sebab kene injection , jatuh main futsal , tegelentang dalam bilik air .Kauu yang sabar papah akuu . Haii maklumm lahh , angakasawan bejalan . Jat , aku rinduu kauuu gila ah . Bila boleh tido satu katil dengan kauu lagi ^^ . ILOVEYOU .

GRRRRR ini dia abang botak SHUKUR . Inilah satu satunya abang , adik aku dekat kem tahuuuk . Aku mula kenal dia mase kelas CB . Character Building lah . Aku tengok diaa ade macam Imam Muda pun ade . Macam anak buah Awie si rocker tu pung ade . Mula mula aku tak minat sangat nak kawan dengan dia nie sebab macam sombong tahap langit ketujuh . Tapi tak kenal maka tak taaruf . ecehhh . Apa apa masalah aku dekat kem tu , semua aku cerita dekat diaa . Semualah . Aku bergaduh dengann si botak bengong tu pun ade . Aku selesa share problems dengan dia sebab dia nie memahami dan sedaye upaya menyelesaikan masalah aku . Baikk kan ciptaan Allah nie ? Aku ingat lagi , aku mengamuk macam laki aku kahwin lainn bila tengah preparation untuk Malam Puisi ape kemende tah . Dia yang datang , pujukk aku . Tanya ape masalah aku . Sejuk aje hati akuu bila dia sanggup dengar masalah aku . Budak tu lahh , macam ade masalah dunia pulak bila aku nie budak sekolah agama . Ouhh Shuk juga partner aku menari kuch kuch hota hai malam kebudayaan haritu . Perghh boleh tahan jugak ustaz nie menarii kauu . Ku gagahi jua bertemu bondamu bila kau hanta msg yang kau dah nak balik . Ikut kan hati , taknak jumpe kauu . Sebab mesti aku nagis punya kalau tengok kauu balik . Fuhh mak kauu dah lah cantik , baikk pulak . untung menantu dia nanti . hehe . Rindu sangat nak lepak dengan kauu . hehe . Kalau kau tak telompat lompat bagi semangat mase aku tengah main futsal . mesti akuu larii dah pegi menyorok dalam tandas . You Are Always In My Mind <3

Yang belah kanan tu ZOEY . Fuhhh kauu dia nie kalau membunuh itu tak berdosa . Aku bunuh dah dia niee . Comel sangat ^^ . Lagi lagi kalau dia buat muka muka . Macam anakk kucing . omey omey . Dia nie pung geng surau aku . Budak sekolah agama tapi taknak mengaku bila ustaz tanye . Fuhhh belum cukup iman di dada nak mengaku . Kalau bab tido dalam surau lepas solat subuh / isyak . haaa aku dengan dia nie lahh . Sampaii cikgu Rozi nampakk . Maluuuu  . Kau nak tahu betape kakyong nya dia nie . Dia beranii woo pegi jumpe mamat tu . Tanye kenape diaa sanggup menipu aku yang baru mengenal erti kehidupan ini . Hahaha . Bila aku nages lepas call mak , diaa yangg huggie huggie akuu . Lepas rindu <3 . Dia jugak ahli mesyuarat tingkap dekat kooperasi kem . Yang sebelah tu , AH KU . Dia nie kalau tak buat keje tak boleh . 3/2 birthday aku , kann ? Dia lahh yang telah dengan beraninya pegi nyanyi dekat DM gune mikrofon . sweeet sangat . tegoda tahuuu . haha . Sayang Muah Muah dekat dua dua

Bersambung ... tak boleh tulis panjang-II . nanti bosan .