Assalamualaikum .
*tepuk tangan y'olls . sebab akhirnya empunya blog Cerita Dongeng Wanie Malek , Faghisha Aghzwani tegerak hati nak update entry .
Setelah berhempas pulas macam askar tanah melayu mencari kemerdekaan untuk negara kita , akhirnya aku berjaya menghabiskan semester 1 sebagai pelajar Universiti Teknologi Mara dengan jayanya . Berjaya mendapatkan banyak surat amaran sebab tak pegi class dan sebagainya . Memandangkan aku ini dicampak ke ceruk pendalaman Kedah , makanya dengan itu aku menghadapi kesukaran untuk bangun pagi . Wanie , kau jangan buat trok , Merbok tu bukan pendalaman . cuma LADANG GETAH . ouh ini serious , kawasan yang sentiasa berbau dengan getah sekrap . lagi sadis waktu pagi dan selepas hujan . seolah olah gelap dunia aku detik itu . overnya . Tapi , aku masih lagi bernafas dan bergumbira sebab dikelilingi kawan kawan yang SUPERB OHSEM .
Akhirnya , Allah makbulkan doa aku disetiap pengakhiran sujudku . Allah perkenankan doa aku dan hantar aku di bumi Kedah . Dulu masa belum dapat mana mana offer untuk further study , pheww serious aku rasa boleh mati kojol sebab bosan lepastu tahap kejealousan terhadap kawan kawan yang dah masuk belajar . Inikah pengakhiran hidupku ? takkan tak sambung belajar ? . Macam macam soalan yang bermain difikiran . *amboi bahasa kemain lagi . Tappppp !! dapat offer dari Uitm Merbok , Kedah . petang tu jugak pegi buat persiapan . nampakkan betapa aku semangat nak sambung belajar ?
Ingatkan masuk alam Uni , relaks sikit . yang hado relaks kau ! . Class pagi , petang , malam . Menapak jauh nak pegi class . Dalam bilik , punya beriya iya aku berwangi wangian . Sampai class , hilang segala kewangian dan kecomelan . Lepastu mula lahh macam setan bergayut gayut dekat mata nie .Tidur ja dalam class , zaappp lecturer panggil nama . Serious tak sama langsung dalam drama dekat tv1 , 2 mahupun tv3 . Penipu penipu .
Dulu ingatkan kalau duduk luar daripada Kajang . Aku tak boleh survive dekat mana mana . Mana taknya , dulu masa dekat sekolah , ada kawan kawan . lagi best jiran belakang rumah satu class . takdalah aku kesunyian . Pergi PLKN , ada lagi classmate yang satu kem dan sentiasa menemani aku . Tapi , bila masuk UiTM . Takda sorang yang aku kenai kat situ . *ahaa tudiaa , loghat utara keluaq dah .
Tapi , bila aku dekat sana . aku jadi bukan diri sendiri . Tak pernah pernah aku jadi cenggitu . Bagitau dekat Aliah , dia tak percaya yang aku dalam class pediam . tak bercampur dengan masyarkat sekeliling . Dulu dekat sekolah , segala umat masyarakat aku kamcing . sey nie peramah oghang ea . Tapi sampai Kedah ja , hilang segala kepandaian . yeahhh wawasan baru untuk Semester 2 . oyeahhh , tepuk tangan semuaaaa . mohon berbangga ^^ .
Maka dengan itu , saya sangat berbahagia bila masih ada kawan kawan yang sentiasa menerima diri ini seadanya . Classmates yang ohsem , jiran jiran bilik yang sentiasa mengamalkan sikap 1 Malaysia . haha . Awek blok F3 , sexciii . omaigad omaigad .