Tuesday, May 27, 2014

End Of Semester Four

Assalamualaikum .

Finally, i managed myself to update something. *applause

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke pengakhiran cuti semester yang sangat menyeronokkan apabila almost 2 months kau duduk dekat rumah SAHAJA. Maklumlah, adik beradik ramai yang masih bersekolah nie susah sikit kau nak ke Hawaii untuk mencuci mata. So, aku memang jadi penghuni,penunggu rumah sepanjang cuti semester ni. Aku taktahu nak buat apa selain tidur-makan-twitter-makan-tidur.

Kalau nak cerita pasal result exam, Alhamdulilah. Segala penat lelah, usaha selama satu semester berbaloi. Tak pernah lupa meminta pertolongan Allah SWT untuk memudahkan segala urusan semasa aku belajar. Pernah satu hari tu, ada 2-3 test. Dengan assignments melambak nak kena submit, presentation yang tak reti nak berhenti. Masa tu baru aku kenal erti pengorbanan. Kengkawan semua seronok bersuka ria, aku kena stay up sampai tengah malam sebab assignments. Aku pernah satu malam tu sampai 3 assignment aku buat serentak. Aku nie bukan jenis minum kopi nescafe tongkat ali kacip fatimah tu semua, tapi disebabkan aku nak bertahan bersengkang mata, aku bantai juga. At last, aku terlantar atas katil sebab pening. Risooo roomate aku si Rimah tu. Dengan result aku tu, aku mampu banggakan mak dan ayah aku. Aku lagi bangga dengan diri sendiri. hikhikhik

Sebenarnya, aku nie bukan jenis yang rajin pergi kelas or yang on time hantar assignments. Sampai satu masa, aku rindu sangat dekat mak dengan ayah. Aku terfikir, macam mana aku nak balas jasa dorang nanti. So pagi tu semangat nak pegi kelas lain macam sikit. So dari saat tu lah aku tekad nak berubah. Nie bukan sembang mamak ke apek ke apa, nie serious. Kawan kawan pun main peranan jugak sebenarnya. Kalau dapat yang macam chipsmore, haaa rasakan lah kau. Seminggu 2-3 kali je pergi kelas. Itu jangan berangan ah nak DL. Allah tu Maha Berkuasa. Hadiahkan aku insan-insan yang sememangnya layak digelar, sahabat.
Dorang nie banyak bagi kata kata semangat, tolong aku sepanjang 4 semester bersama dan terima baik buruk aku.

Banyak kenangan aku dengan Rijal Assabiqun which is nama kelas aku. no no aku boleh menangis macamnie. Aku nak habis dip cecepat tapi in the same time, aku taknak berpisah dengan Rijal Assabiqun. Tinggal lagi 1 sem je lagi, i hope we will really have a good time together. Create memories as much as we can. Thanks for being brothers and sisters to me.