Thursday, July 14, 2011

Program Latihan Khidmat Negara .

                                                     Assalamualaikum =)
Masa aku form 1 :
'Mak, kakngah tak sabar nak habis sekolah . Kakngah nak pegi  PLKN . boleh main tembak-tembak , boleh kawad siang malam' .


ha kannnn ,, at last , jadi kenyataan . Mula - mula aku dapat tahu dapat join plkn , aku rase mcm nak guling-guling kat tengah tengah jalan . Seronok sangat . Tapi , mereka-mereka yang terpilih ini langsung tidak menampakkan kegembiraan mereka . mengapakah ?? Kenapa aku sorang je yang over excited ? ?=,='

Tapi , bila di fikir-fikirkan balik , aku taknak pegi lah . Nanti tak dapat lepak dekat mcd , tak dpat online fb, tak dpat naik kuda , tak dapat pi sunway lagoon . ayoooo . Tak mahu lahhh . ouh ye , lagi satu , aku nie dah la 'tinggi' . Nanti kene buli . Sapa nak gantikan aku ? aku belanja dia aiskrim .

P- PENAT
L- LELAH
K- KAU
N-NANTI

Doakan lah supaya PLKN dimansuhkan serta-merta . Jadi , takpayah la aku susah-susah berjauhan dengan mereka yang tersayang . Kesian mak , nanti takde sapa nak teman mak pi shopping . Kesian kat ayah , nanti takde sapa nak menjahanamkan kereta ayah . Kesian along , nanti takde sapa nak terajang pintu bilik dia kuat2 . Kesian kakyang , nanti takde sapa nak dengar cerita cinta dia . heeheh . Kesian a'am , nanti takde sapa nak hempaskan i-Phone4 dia . Kesian adik , nanti takde sapa nak hantar-amik dia dari sekolah .

Kadang-kadang aku terfikir jugak , aku patut bersyukur sebab terpilih untuk menjalani program ni . Yelah, berjuta manusia kat luar sana yang tak berpeluang untuk join PLKN . Dan aku terpilih,kira beruntungla kan .
 Peluang nie datang sekali je . takde duanya . hahaha . Nak taknak , aku kena pergi jugak . Aku rasa macam askar nak pegi berperang pulak .

*aku dah start menghafal lagu PLKN