Wednesday, June 13, 2012

Mentaksubkan Diri Sendiri

Assalamualaikum .


Perghh nampak kan aku begitu taksub dengan post kali nie ? okehh aku memang suke 'mentaksubkan'  diri sendiri . Bagus untuk kehidupan . kadang kadang . Oh namun begitu , aku bukan nak cerita kepentingan serta kemaslahatan 'mentaksubkan' diri sendiri mahupun orang lain .

Harini rutin hidup aku macam biasa . Bangun - makan - online pesbuk - makan - makan - makan - tido . phewww aku rasa hidup aku dah sama dengan beruang panda yang mata berlebam tu . Takpun macam koala bear . malah lagi teruk . mungkin ? . haha . Dulu masa dekat PLKN setiap petang pegi jogging . Kene denda lari 10 pusingan pun . watlek watpeace aje . Sekarang , nak naik tangga pun dah serupa suster ngesot . Perumpamaan yang melampau , wanie . Disebabkan sekarang nie kerajaan telah mengiktiraf aku sebagai penganggur terhormat lagi mulia , aku telah menyifatkan ianya sebagai penghargaan yang bakal dialami oleh semua lepasan SPM di Malaysia . *hamboi tahu lah bm A haritu . Kalau online pesbuk tu macam buat revision saat-II akhir nak SPM haritu , mungkin aku antara pelajar yang paling sangat amat cemerlang . Aku rasa macam dah jauh terpesong apa yang aku nak cerita dalam entry kali nie sebenarnya .

Okay okay , sebenarnya tadi aku telah menyelongkar semua mende alah dalam laptop aku yang 2-3 hari lagi nak menemui ajal nie . Tuptup terjumpa gambar riang raya tahun lepas .
Kan ? aku dah tahu ape engko nak cakap . Mesti nak cakap ' eeee , shomelnya yang baju biru dengan baju merah tu pegang budak kecik berkepala botak tu' . Tengok kakak lah , bro . haha . *okeh larii lompat bergalah masuk dalam bakul .

.
Sedap menyandar abang-abang sedara aku nie keng ? . Ini jejaka-II keluarga belah ayah pulak . Aktiviti setiap kali dapat berkumpul ramai-II gini lah . Melepak sampai ke subuh . Makan ,  minum , tido , semuaa bersama sama . Tang becerita kencang , masa nie lah . haha 

Lebih kurang macam nie lah . Belum kemuncak lagi nie . Waktu kemuncak tengah tengah malam . Lepak luar rumah , sampai nampak tok imam lalu depan rumah nak pegi masjid . baru masuk tido . Lepastu masing masing melingkar macam ular batik kenyang makan kambing dekat ruang tamu . Geleng kepala jea nenek aku dapat cucu macam nie . Semua perangai sepesen . Tapi kalau datanglah jiran-II sebelah nak beraya . Masing masing macam baik aje . Nak nak ada anak dara cun . Fuhhh lalu depan org tua tunduk sampai dahi cecah lantai .
Hado yang cam tak kat mane nie ? Kalau oghang noghori tau la agak eh . Sapo sapo yang kampung eh kek Ampang Tinggi , nak nak pulak yang lalu dopan SEKOLAH RENDAH AMPANG TINGGI . haa kona lahh budak budak nie . Tiap tiap tahun melepak dekat tepi jalan macam nie negok jammed depan rumah . Untung melepak macam nie wei , kadang kadang dapat duit raya . Dapat jodoh pun boleh .



*Tiba tiba nafsu nak beraya macam volcano .