Thursday, May 12, 2011

PENAT MERAYAU



                   assalamualaikum
  tak jawab dosa kalau jawab gatal sayang . =)

Berat badan macam tak reti-reti turun . Bertambah tiap-tiap hari adalah . Tapi depa nie dok la cakap aku nie kering . Mentang-mentang tudung aku labuh sampai ke lantai , depa tak nampak yang lemak aku dah buat banglo siap dengan swimming pool lagi dalam badan aku . okay boleh bayangkan betapa comelnya aku ? yang pastinya aku belum ke tahap Dotti lagi . 

FIELD TRIP ? hummm, jalan terbaik nak membakar lemak yang dok bergelocak dalam badan nie . yela mana taknya,berjalan sana ,berjalan sini ,turun-naik tangga . ada dalam 10 kg aku turun nie . hahaha aku harap macam tuhla tapi erhhh hampeh . takda maknanya . AGENSI REMOTE SENSING,MUZIUM NEGARA , KILANG VITAGEN . Dalam satu hari, aku pergi 3 tempat . kalau dekat-dekat alam okay lagi . nie kat KL . *eleh macamla dari Bangi ke KL jauh sgt . 20 minit sampai . hehe nampak sgt menipunya . okay okay , bck to the topic . Agensi Remote Sensing ? amende tu ? restoran france ke ? amboi restoran aje yang aku pikir . heehe . ala yang bab-bab satelit semua kat situ la . aku bukan dengar sangat pun tadi, tidur je lebih . apa pakcik tu cakap tak masuk otak langsung . yela sapa suruh buat presentation time tidur aku .kan aku dah tak dengar . dlam aku dok buat taik mata tu,aku paham jugakla apa yang orang tu cakap . tapi , memang jadi kelemahan aku nak explain balik kat orang . so ,kau pergi la sendri kat situ . tanya dia . oh kejap,ada gambar . 




Lepas dok la terhanguk-hanguk kat dalam dewan, pi pulak makan . okay bab tu tayah cerita . buang masa . Jum ke MUZIUM NEGARA pulak . aku tak tahu kenapa . dari kecik aku mesti nak lompat-lompat macam babun sebab nak tunjuk betapa excitednya aku nak pi muzium . yela aku kan 'suka' Sejarah . eh serious aku suka . tapi dalam exam tak jugak tinggi markah aku . hehe . Bila aku tengok replika/barang yang ada kat dalam muzium tu aku rasa semangat patriotik aku begitu membuak-buak . aku rasa mcm akulah anak jati negara . amboi mcm tu pulak . haha . tapi serious aku tak puas oh tengok tinggalan sejarah dalam muzium tu walaupun dah berpuluh-puluh kali aku pergi . tengok betapa terserlahnya kewarganegaraan aku =) . Tapi aku pelik, kenapa la budak-budak je yang ramai kat muzium negara . golongan remaja entah hilang kemana . Mentang-mentang muzium negara, kau taknak pergi .sebab apa ? sebab muzium negara takde roller coaster . kan kan ? sepatutnya yang muda remaja macam aku nie lah yang wajib pergi . yelah , zaman sekarang nie , kita semua mana nak amek kesah pasal sejarah negara . dok la terkinja-kinja ikut perangai barat . bila paper sejarah fail, semua menuding jari kat muka cikgu sejarah . kesian cikgu . so ,

marilah kita beramai-ramai ke muzium negara . 
 oh tidak dilupakan juga , tadaaaa ~~



Selepas penat berputar dalam muzium . sudah tiba masanya untuk ke kilang Vitagen . Dalam bas, aku dah pasang angan-angan nak beli vitagen berguni-guni . Almaklum lah , mak bagi duit terbanyak pulak . tuh yang ada hajat nak membazir tu . sebelum pi tengok macam mana diorang buat air Vitagen tu. Macam biasa , mesti nak kena duduk dalam dewan lepas tu dengar penerangan daripada salah seorang staff kat situ . Kalau aku yang bagi penerangan , memang kene hempuk dengan meja la aku jawabnya . Miss Jiji . yes, aku ingat lagi nama kakak yang dok melayan kerenah budak-budak sais . Dia cantik . haha . Sepatutnya, kitorang tak boleh nak masuk kilang . sebab hujan . Alasannya, kalau nak pergi masuk kilang kene lalu bukit . takut jatuh kat bukit tu . yela hari hujan . faham-faham la kan . aku punya dok fikir.mesti curam bukit dia . tuh sebab tak boleh turun tengok . last-last hujan reda, pihak dorang bagi pulak masuk kilang . ehmmm aku macam nak berguling-guling sebab seronok . yela aku dok melantak air vitagen hari-hari, nak jugak tengok macam mana cara buat air tu . mana tahu aku boleh bukak kilang sendiri pulak kat rumah . kaya aku . hahhaha . 
 aku dah hilang idea nak tulis apa . so lebih baik stop .

No comments :