Monday, July 04, 2011

alangkah seronoknya ...

                                       assalamualaikum =)
 sejak dah nak dekat dengan SPM nie , aku lebih banyak meluangkan masa menghadap buku . masuk tak masuk . belakang cerita . sekarang dah bulan 7 , exam bulan 11 . wahhh betapa cepatnya masa berlalu . Kesuntukkan masa membuatkan aku diibaratkan seperti katak bawah katil * bawah longkang hina sangat pulak . Sampai junior aku sendiri aku tak berapa nak kenal . itu baru secondary , primary lagi lah aku tak kenal . tahun nie tahun akhir . walaweh sedihnya . aku nak jadi form 2 balik ah . seriously form 5 tak best . tapi nasib baik ada MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP .

okay , ini jam aku bukan nak bercerita tentang kehebatan kami berdebat . Tapi nak bercerita betapa seronoknya aku dan mereka-mereka ini bila bersama . Selepas keputusan yang begitu memeranjatkan diumumkan , mereka-mereka ini begitu depressed . aku pun sama jugak . Jadi , untuk memulihkan emosi yang sedang terbang entah ke mana . SOGO menjadi pilihan . Sangat cute bila keluar pi Sogo pakai baju tidur .


Tapi apa aku kesahkan keluar pakai baju tidur . Naseb baik Raihan ada . Kalau tak memang berjubah la aku pi SOGO . Thanks to Iman sebab pinjamkan u punya cardigan . Malam tu sangat seronok . SANGAT ! rasa taknak balik rumah . Apa kau rasa bila kau dan kawan-kawan bersama untuk 4 hari ? tidur sekatil . Tak ke kau rasa mcm taknak balik ? SUMPAH aku cakap aku taknak balik . Jum sambung cerita . Sampai Sogo , pi pulak makan kat Nando's . upssss aku tak makan . takdak selera . >_<



 Disebabkan kitorang nie tak puas lagi lepak kat Sogo . eh c'mon la , baru pukul 10 , takkan nak balik kan ? weekend doooo . Ingat nak lepak dataran merdeka , jalan2 kat Chow Kit . grrr tapi tak boleh . katanya sudah lewat . Tapi takpe kitorang berkampung pulak dekat :-


Sampai ke pagi owwww . Untung tak kena halau masuk tidur je . Bayangkan la kalau dah gelak kalah pontianak kan . Saat untuk pulang ke pangkuan keluarga semakin hampir . Dan bermacam-macam idea keluar untuk melamakan lagi kami di Hotel Putra .




Kami ke BERJAYA TIMES SQUARE !! kau hado ?? Sumpah seronok . sampai kaki aku lebam sebab jatuh masuk rumah hantu . Semua salah mereka-mereka yang ada dekat belakang aku . Rizal,Hafiz & Iman . 'cisss kata berani .apa kes main tolak-tolak ? Anati, hang lagi lah . hang penyebab lebamnya kaki ku ini ' . Semua takut nak balik sekolah sebab takut kalau kitorang dah tak rapat mcm dekat Musleh . Yelah , tahun nie tahun last aku . Tahun nie pulak tetiba rapat dengan mereka-mereka yang terhebat nie . rasa mcm nak nages 3 hari 3 malam .

to :- 
HAFIZ,IMAN
KAMALIA,RAIHAN
RIZAL,ANATI
FATTAH,SYED
HARIZ,TASNEEM & AHMAD...
(Semua pangkat adik2 je nie , kecuali FATTAH& HARIZ)
Kalau nak ikut umur , memang wanie lah paling tua . tapi dekat sekolah kita . form 5 pun mcm form 1 . so tak jadi hal besar nak kawan dengan korang . ini adalah kenangan yang takkan dilupakan . sampai MATI . kalau nak dilupakan pun , kenangan ini akan jadi perkara terakhir yang akan dicampakkan jauh2 . InsyaAllah kalau ada masa kita pi lepak lagi . taktau kenapa , tetiba rasa sayang sngt dekat korang . ilebiuuuu <3 .


'kalaulah masa itu boleh dilambat-lambatkan , komfem aku buat 4 hari tu mcm 40 tahun' .

-aku masih menuntut janji daripada dia-