Thursday, November 27, 2014

The End

Assalamualaikum.

Fuhh Alhamdulilah finally berjaya jugak nak update something here. Applause people applause.

After 2 1/2 years, i'm officially graduate from UiTM Merbok. Banyak perkara aku belajar sepanjang aku menetap untuk sementara di negeri orang. Seronok dia lain macam bila dapat tengok negeri selain negeri Selangor. Aku taktahu kenapa tapi aku suka tak duduk dekat rumah. Aku nak tengok kemampuan diri sendiri sebenarnya. if i study in KL, i'm pretty sure i'll stay with my family. Kalau dah duduk dengan family, mengada dia lebih sikit. hehehe. 

I still remember the struggles as a student. aaaaaaaa sakit doh serious but it was FUN baby ! pagi presentation, petang quiz, malam kelas ganti. Mujur kuat semangat. kahkahkah apak poyo. Itu tak kira lagi esaimen yang memerlukan kau berhabis duit dan tenaga demi untuk 20 markah. VIVA.
Bayangkan tetiba pula one day before the presentation, aku demam. Demam yang memang kena tegelentang saja dekat atas katil. Takkan nak biar groupmates buat semua benda kan, so i have to did it as well. Sebab demam, so kerja aku takde lah susah mana ^^. Tapi what make it become worst is, the actual day, aku memang takboleh perform langsung. Panas sangat badan sampai kena baring dekat atas jalan raya. Okay dia macam ini, kau kena bukak satu booth yang represent company yang kau buat. Contah macam group aku buat florist, so aku kena ada satu booth yang jual bunga. Sebenarnya tema dia Car Boot Sale tapi memandangkan aku takda kereta, UiTM benarkan untuk gunakan canopy yang kena share dengan another group. Luckily, aku share dengan classmates jugak, That was Syahirah,Syiqin,Kak Shu and Fify. Masa hari presentation badan kejap okay kejap tidak. Apa yang buat aku sakit hati, group paling last buat presentation ialah group aku. Pukul 12 babe still takboleh balik bilik lagi. Dengan demam, imagine lah seksa dia macam mana. And thanks to Pakuan, sebab caring sangat sampai rasa lain macam dekat hati ni haaaa. Caring sangat sampai taktahu nak cakap macam mana. Hantar pegi klinik 1 Malaysia tapi tutup pula kesudahannya aku beli slurpee. Terima kasih juga pada Syiqin dan Alep.


Apa lagi ek?

Haaa the moment bila kau baru je kenal kawan dari course yang lain and kau terus lepak sampai overnight. Yeayy to my boys, Shahrul and Jai. Budak AD. Art n Design. So kira dorang ni budak hot jugaklah sebabnya budak AD memang famous famous. Plan asal nak keluar dengan Hanis Hanini pegi bayar yuran, end up pegi Penang. Turun naik Batu Feringgi macam minyak takpayah bayar katekoo hanjj betul perangai. Dah ke Penang, ke Legong pula mandi air panas. Tapi takdelah beriya mandi, setakat rendam rendam kaki sajeeeee. Nak masuk UiTM kena tahan dengan polis bantuan, so we decided tidur dekat dalam kereta je. Tu tak kira lagi, kena saman dengan polis sebab takde sticker P. 


One of the most moment i still cant get over it is kenduri kahwin abang Paan. Thanks FarhanDanial for having me. Akhirnya dapat juga tengok in real life orang kahwin lalu bawah pedang. Seronok perasaan dia macam nak kahwin time tu jugak. Harap abang awak suka wishes yang saya tulis dalam buku tu. 

Sebenarnya yang paling penting aku nak share result akhir aku. sebenarnyalah. Usaha dan Doa. The powerful words i may say. Aku usaha keras for become better person. Tak mudah untuk berjaya sebenarnya, jujur aku cakap. Alhamdulilah, i finished my diploma dengan 2 kali dekan. Aku taklah hebat mana keputusan aku tu, tapi mampu membanggakan diri aku dan keluarga aku.

Terima Kasih Kedah Darul Aman.
Moga kita jumpa lagi =)









Saturday, August 16, 2014

Life Is Getting Busier and Busier

Assalamualaikum .

Minggu ni dah masuk minggu ke-10 aku dekat Merbok untuk final year. Kejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam ditinggalkan oleh parents untuk terus berjuang di bumi Merbok. Rasanya baru semalam aku berkenalan dengan classmates. Rasanya baru semalam aku hidup berdikari. Tapi ni dah takda maknanya nak baru semalam apa bagai, ada lagi 4 minggu sahaja. Lepasnie kalau ada rezeki, sambung degree pula.

Soploh minggu yang lepas, banyak sangat benda nak kena buat. Dengan assignments, dengan classes kejap ada kejap takda lepastu kalut nak buat replacement. Dengan hasutan kengkawan untuk keluar overnight bersuka-ria tapi takboleh pegi sebab kelas pagi keesokkan hari. Dengan bergaduh pula sesama classmates. Alahai sangat hidup macam ni. First week dekat sini memang semua indah belaka bila takda kelas, takda assignments. Hidup bagai di sorga katekoo.  Tapi bila dah start dengan first assignment, presentation, serious lepastu dia dah tak berhenti bagai air hujan yang mencurah-curah ke bumi. Sampai satu tahap, otak aku dah tak dapat cerna segala inputs. So penyelesaiannya, aku ke dewan makan dan bergelak ketawa bersama rakan rakan .

Tapi itu lumrah as a student lah kan? kalau nak berseronok je, taknak susah susahkan kepala otak jangan sambung belaja ye dak?. Aku bukan jenis yang suka sangat ambik port pasal orang. But idk why ramai gila yang sibuk nak ambik tahu pasal aku. Kalau aku nak keluar dengan siapa pun, it is non of your business. Aku berkawan dengan siapa pun nak jadi isu ni susah lah. GET A LIFE AH BRO.

One more thing, issue gurau kasar yang kau takboleh terima dan aku pun takboleh terima. At first point aku rasa dia yang start dulu. Memanglah kita akan cakap diri kita sendiri yang betul, tapi kalau fikir balik, memang kita yang betul. Okay macamni, kalau kau takboleh terima gurau kasar kengkawan, kau better jangan start. Sebabnya kau sendiri tahu yang kengkawan kau memang kuat bahan orang. Sekarang ni apa jadi bila dah tak bertegur sapa macam ni ? Lepastu kau dok bising cakap ni last sem kita apa semua. Aku tak kesah pun sebenarnya, sikit pun aku tak ambik port. Tapi bila kau sentuh pasal isu sensitif aku, itu yang buat aku meluat sangat nak tengok muka kau apetah lagi nak becakap dengan kau. Kalau kau expect untuk aku minta maaf dulu, aku bebetul minta maaf sebab aku takkan minta maaf kalau tu bukan salah aku. Sorry bro.

Kalau boleh hari hari nak bagitahu classmates yang it was amazing thing to be around them. They are like brothers and sisters to me. Tapi memandangkan dalam kelas tu aku rasa aku je yang sendu tak tentu arah, its better to keep it secretly until  the last day we are here. Nanti kena gelak kena bahan dekat group whatsaap lagi pak ah malu.

K gtg now lovelies . thanks .




Saturday, June 14, 2014

Back To Merbok

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, dah seminggu duduk Merbok. Oh maknanya dah seminggu jadi senior paling ataih no satu. Well, course aku memang sampai sem 5 je so lepaihnie kalau ada rezeki keDegreeke kita. haha.

Sem 5 sama macam sem yang lepas-ii takda apa perubahan pun melainkan orang dok kak wanie sana kak wanie sini. Bukan tak suka kepada perubahan tapi biarlah bila buat perubahan ada benefits, kan? so, baru seminggu, lek ah . Tapi aku dok nampak sem kali ni dah ada perubahan bila selama duatahunsetengah dekat sini aku tido tutup lampu dan bila bertukar roomates aku kena tido bertemankan cahaya lampu sebab roomate aku takut hantu. hmmm takpa takpa, aku memang dari dulu mengamalkan sikap toleransi.

Azam aku masih sama sem kali ni, nak dekan lagi . Sebenarnya nak berjaya tu tak susah kalau kau dah pegang prinsip hidup kau bebetul. Tapi kalau esok nak final exam harini baru kau carik buku, macam sakit sikit ah . Lagi satu, memang fitrah manusia ingin mencinta dan dicintai hamboii tapi jangan lah sampai kelas tak pegi, esaimen tak buat . Lagi-lagi kalau esaimen grouping senang senang kau dapat markah tinggi sebab kengkawan yang lain dok pulun siang malam buat . Yang kau dok merendek sakan dengan jantan dekat foodcourt eh bro get a room please ! . Kak parisha ilek je takdo marka kat sini, boleh ja hidup.

Ni dah last sem, so aku macam malas nak ambik port sangat bila it become to friends. Sebab kalau kau gaduh gaduh pun dah last sem doh nak begaduh apa lagi . Nanti dah tak jumpa, baru nak update status facebook, nak tweet "rindunya classmates dekat Merbok dulu", heyy cha, kalau rindu jangan bergaduh . Orang takda bang*** je dok cakap penat jaga hati dan perasaan orang, kau buat baik dah la . Walaupun aku selalu je kena kengkawan tak ajak pi makan sekali ke apa semua benda alah dunia tu, dah dia tak ajak, pi dining beli makan sendiri lah . Kalau itu pun tak boleh nak survive, imagine bila dah masuk next step of life.

hakak parisha mohon agar ada insan insan yang mendoakan supaya dipermudahkan segalan urusan studies hakak dekat sini so that boleh grad on-time.

bye chu'olls .

Tuesday, May 27, 2014

End Of Semester Four

Assalamualaikum .

Finally, i managed myself to update something. *applause

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke pengakhiran cuti semester yang sangat menyeronokkan apabila almost 2 months kau duduk dekat rumah SAHAJA. Maklumlah, adik beradik ramai yang masih bersekolah nie susah sikit kau nak ke Hawaii untuk mencuci mata. So, aku memang jadi penghuni,penunggu rumah sepanjang cuti semester ni. Aku taktahu nak buat apa selain tidur-makan-twitter-makan-tidur.

Kalau nak cerita pasal result exam, Alhamdulilah. Segala penat lelah, usaha selama satu semester berbaloi. Tak pernah lupa meminta pertolongan Allah SWT untuk memudahkan segala urusan semasa aku belajar. Pernah satu hari tu, ada 2-3 test. Dengan assignments melambak nak kena submit, presentation yang tak reti nak berhenti. Masa tu baru aku kenal erti pengorbanan. Kengkawan semua seronok bersuka ria, aku kena stay up sampai tengah malam sebab assignments. Aku pernah satu malam tu sampai 3 assignment aku buat serentak. Aku nie bukan jenis minum kopi nescafe tongkat ali kacip fatimah tu semua, tapi disebabkan aku nak bertahan bersengkang mata, aku bantai juga. At last, aku terlantar atas katil sebab pening. Risooo roomate aku si Rimah tu. Dengan result aku tu, aku mampu banggakan mak dan ayah aku. Aku lagi bangga dengan diri sendiri. hikhikhik

Sebenarnya, aku nie bukan jenis yang rajin pergi kelas or yang on time hantar assignments. Sampai satu masa, aku rindu sangat dekat mak dengan ayah. Aku terfikir, macam mana aku nak balas jasa dorang nanti. So pagi tu semangat nak pegi kelas lain macam sikit. So dari saat tu lah aku tekad nak berubah. Nie bukan sembang mamak ke apek ke apa, nie serious. Kawan kawan pun main peranan jugak sebenarnya. Kalau dapat yang macam chipsmore, haaa rasakan lah kau. Seminggu 2-3 kali je pergi kelas. Itu jangan berangan ah nak DL. Allah tu Maha Berkuasa. Hadiahkan aku insan-insan yang sememangnya layak digelar, sahabat.
Dorang nie banyak bagi kata kata semangat, tolong aku sepanjang 4 semester bersama dan terima baik buruk aku.

Banyak kenangan aku dengan Rijal Assabiqun which is nama kelas aku. no no aku boleh menangis macamnie. Aku nak habis dip cecepat tapi in the same time, aku taknak berpisah dengan Rijal Assabiqun. Tinggal lagi 1 sem je lagi, i hope we will really have a good time together. Create memories as much as we can. Thanks for being brothers and sisters to me.

Saturday, April 12, 2014

Last Day In Lovely Merbok

So this is my last day in Merbok. Im going back to Kajang tomorrow morning. Meet my family, meet my bestfriends. hmmm tak sabarnya.

Tapi mood harini macam kurang sikit sebab paper pagi tadi boleh tahan susah dia dan kes dekat foodcourt tu. Lepastu kengkawan pulak dok pakat balik habis semua. Tinggal ah aku dan roomate dan juga beberapa ketul jiran sebelah bilik.

No I'm not going to write about the exam or what. This is all about "my man". errr tak berapa nak "my man" sangatlah sebenarnya.

Apa kau rasa lepas kau happy happy dengan kengkawan celebrate your last paper final, thennn paaaaaappppp, kau teserempak dengan orang yang kau sanjung selama nie? which means someone special in your life. With another girls ?

I'm not being jealous or what tapi agak agak lah ingat aku nie takda perasaan ke apa? Dulu dok dengar orang cerita pasal dia keluar dengan other girls semua , its quite hard to believe tapi kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri? Tak percaya lagi?.

This is not the first time .

So, malam tu me and my roomate keluar mencari santapan malam memandangkan kafe Murni dah gantung periuk. Dah sampai kedai makan, Shahrul, one of my close friends called bagitahu yang dia nak ajak dinner sekali sebab memasing dah nak balik negeri memasing. Seronok sangat makan, then "my man" datang dengan kengkawan dia. Time tu aku harap sangat yang dia nampak aku dengan Shahrul, so that dia tahu bukan dia sorang dalam hidup aku. Bukan nak balas dendam ke apa, tapi dah kebetulan cemtu.

Bila dah settle makan semua, dah peluk cium kengkawan semua, aku balik kolej. Time tu baru aku rasa bersalah dekat "my man" sebab buat perangai macamtu.


fyi, "my man" dengan aku tak declare apa tak ada any relationship. We're just friend but more than friend. ahaaaa getttchewwwww.

Wednesday, April 02, 2014

Final Exam


Assalamualaikum.

Aku dah kisahlah blog nie ada orang baca ke tak. Aku tetap nak update entry jugak.

Oh sajalah  nak bagitahu, sekarang dah part 4, maknanya tinggal lagi 1 sem untuk settle diploma. Lagi senior aku dekat sini lagi hebat cabaran hidup dia. Dengan study macam susah naharam.

Saja nak bagitahu yang kali nie aku ada 2 papers final sahaja . okay 2 okay . Satu paper dah lepas , nie tinggal nak hadap satu lagi paper . Orang lain semua dok pulun stay up nak study. Tak terkecuali ah owner blog nie. Aku tahu semua nak score dalam finals nanti tapi lek ah, beringat sikit yang kau masih ada kengkawan yang dok pulun study siang malam. Takpayah nak buat kecoh sangat . k ?

Aku nie sebenarnya tension tahu dak bila aku nak study tapi ada yang dok mengacau. Aku tak cakap takboleh bising takboleh bercakap dalam bilik, tapi beringat ah sikit aku tengah study kot. Kak parisha nie nak jadi budak dekan kali ni membantu lah sikit. Dok melalak apa lagi tengah study ?

Lepastu dah jadi macam satu kemestian, setiap kali nak final atau tengah final, ada je yang menguji ketabahan seketul hati dan perasaan. Kenapa macamtu eh ? Dia jadi macam lahai sensitive sangat dengan keadaan sekeliling. Kenkadang susah jugak nak deal dengan benda macamnie sebab dia effects dekat mood. Mulalah kalau orang salah sikit nak mengamuk nak sedih semua.

Maghrib dah masuk , better gerak dulu. Kang bertahun pulak nak beratur dalam toilet.

To all Rijal Assabiqun Crew , Coursemate , Roomate , Jiran Tetangga,
     Good luck , all the best . May Allah ease everything so that our result will be better than before .