Wednesday, April 02, 2014

Final Exam


Assalamualaikum.

Aku dah kisahlah blog nie ada orang baca ke tak. Aku tetap nak update entry jugak.

Oh sajalah  nak bagitahu, sekarang dah part 4, maknanya tinggal lagi 1 sem untuk settle diploma. Lagi senior aku dekat sini lagi hebat cabaran hidup dia. Dengan study macam susah naharam.

Saja nak bagitahu yang kali nie aku ada 2 papers final sahaja . okay 2 okay . Satu paper dah lepas , nie tinggal nak hadap satu lagi paper . Orang lain semua dok pulun stay up nak study. Tak terkecuali ah owner blog nie. Aku tahu semua nak score dalam finals nanti tapi lek ah, beringat sikit yang kau masih ada kengkawan yang dok pulun study siang malam. Takpayah nak buat kecoh sangat . k ?

Aku nie sebenarnya tension tahu dak bila aku nak study tapi ada yang dok mengacau. Aku tak cakap takboleh bising takboleh bercakap dalam bilik, tapi beringat ah sikit aku tengah study kot. Kak parisha nie nak jadi budak dekan kali ni membantu lah sikit. Dok melalak apa lagi tengah study ?

Lepastu dah jadi macam satu kemestian, setiap kali nak final atau tengah final, ada je yang menguji ketabahan seketul hati dan perasaan. Kenapa macamtu eh ? Dia jadi macam lahai sensitive sangat dengan keadaan sekeliling. Kenkadang susah jugak nak deal dengan benda macamnie sebab dia effects dekat mood. Mulalah kalau orang salah sikit nak mengamuk nak sedih semua.

Maghrib dah masuk , better gerak dulu. Kang bertahun pulak nak beratur dalam toilet.

To all Rijal Assabiqun Crew , Coursemate , Roomate , Jiran Tetangga,
     Good luck , all the best . May Allah ease everything so that our result will be better than before .