.. Assalamualaikum ..
lagi hudpate entry tengah tengah malam . suka noo aku jadi burung hantu sejak dah habis sekolah nie . iye lahh , dulu kene tido awal . nak pegi sekolah . awal mane pung aku tido . pukul 9.30 PAGI jugak aku masuk sekolah . itu baru masuk sekolah . belajarnya lepas lunch jugak . ehhheeee . tensyen jea pengetua ade student macam aku . ouhh yea , sejak balik PLKN . aku takde hudpate ape-2 lagi pasal percutian 3 bulan yang sangat menyeksakan . betuii tak tipu .
okay jum kita start . *masing-2 dah start ngantuk ..
KEM PLKN NILAM EHSAN , BIDOR PERAK .
sehari sebelum bergelar pelatih PLKN , hamboiiii jantung nie . dupdapdupdap . mungkinkahh akan bertemu abang botak yang mempunyai badan ketak-ketak seperti Taylor Lautner ? . dalam hati dah lompat-lompat sebab teruja nak jumpe abang botak yang tentu nya akan botak gondol . terima kasih Allah sebab menghantar Masyitah bersama untuk mengharungi detik-detik seorang askar di kem . untung ade dia . kalau tidak , memang tidak lah saya bertegur sape dengan mereka-mereka yang tidak dikenali . untung juga ade Cikgu Wahab . boleh juga aku ajak bergaduh . almaklumlah , aku nie kan kaki gaduh . mewarisi perangai siapa pung aku tidak tahu . nak dikate kan perangai ayah , memang tak nampak tanda-tanda abang long . nak cakap ikut mak , lagi lah jauh dengan sifat kak yong . ouhh mungkin mewarisi perangai jiran nenek depan rumah yang selalu carik pasal tak tentu pasal . atau pun cicit jiran nenek yang selalu tarik rambut anak buah aku apabila mereka bersua muka ? harussss buat kajian lebih mendalam tentang salasilah keturunan aku . tadi macam aku nak cerita pasal Cikgu Wahab , tapi bejela-jela cerita pasal jiran nenek aku yang serba gengster keturunannya .
haaaaa kan aku dah cakap , cikgu nie mampu menarik perhatian ramai gadis-gadis PLKN . tengok !! . ouhh yea , dalam gambar nie , semua geng-geng 'Tak Tido Malam Sebab Berjemaah Makan Mee Sedap Secara Seludup ' . kemain panjang name geng aku haiii . mereka lah yang telah berjaya mengajar saya makan maggi selain daripada maggi kari yang dibungkus dengan plastik berwarna kuning dan bertulisan merah . untung juga dapat masuk PLKN , dapat aku merasa makan maggi ruski , dan mee sedap yang sememangnya sedap bersama kriuk-kriuk . hahaha .
ini lagii gambar awek cun yang memang takkan jumpe dekat luar negare . Malaysia je ade mereka-mereka ini . kalau tak silap aku , nie gambar masa KHIDMAT KOMUNITI . ahaaaa nampak tak ? , sapa cakap aku nie pemalas dan tak mengambil berat tentang masyarkat sekeliling ???? aku siap volunteer nak kemas surau tahuu .
abang-abang botak sedang giat menyiram bunga di depan surauu . mentang-2 anak dara makcik depan rumah cun . ahaha . yang menyiram nya sorang . yang lain dok membebel nak main air . |
ini lah muka muka geng surau Felda Trolak 2 . aweks sangat rajin sampai PA system pung nak mainn . abang-abang botak pula sangat berwawasan 2020 ketika menjalankan tugas . sampaikan katak pun main campak-campak dekat orang .
XX HABIS CERITA PASAL KHIDMAT KOMUNITI XX
.
#rindunakdengardorangpanggilakuIKAN . wuwu