Wednesday, April 18, 2012

UTM International Johor Horse Show 2012

 Assalamualaikum ..


Dulu mase kecik -kecik , aku sangat taksub tengok kakak-2 dan abang-2 yang wakil Malaysia untuk  SUKMA,  Sukan SEA mahupun Sukan Olimpik . terase t'cabar pula diri ini . tiap-tiap petang aku akan main badminton dekat depan rumah dengan harapan ade coach badminton yang lalu dekat situ dan ajak aku join team badminton Malaysia . tapi , macam apek sebelah rumah nie jea yang berminat nak tengok aku main badminton . heeee untung juga ade peminat ^^ . 

 ** JUARA KESELURUHAN BADMINTON  KATEGORI PEREMPUAN (SINGLE) 2009 .
 ** JUARA KESELURUHAN (SINGLE) 2010 .

huhuii tersedak juga aku bila menang . almaklum lah , 2 hari jea training . lepas tu , bergasak pula lawan dengan mereka - mereka yang hebat . amboii boleh tahan juga hebatnya saya ini . * gelak bangga . lepas menang , ape lagi berlari -lari lah  balik rumah bagitahu mak dan ayah . senyum bangga mereka . seronok hati saya . dari siang sampai ke malam , cerita kemenangan tak habis habis . sampaikan bibik nak basuh baju pun saya ajak dengar cerita kehebatan saya . kawan-kawan tak behenti msg semata-2 nak ucap TAHNIAH !! . baru lah rase ape yang Datuk Misbun Sidek rase suatu ketika dahulu ... hmmmm x) .

Dah jadi cempiyen pun , still tak diserap masuk dalam team badminton Malaysia . mengapa mengapa ?? ouh baru lah teringat bahawasanya aku nie cempiyen wakil kelas sahaja . bukan setakat kelas malah untuk rumah sukan juga . dengan drastiknya , aku ambik keputusan untuk pencen daripada bermain badminton . mane taknya , kesian pihak lawan asyik-2 kene maki dengan aku . ngehh kemaafan dipinta , wahai pihak lawan =___=' .

==========================================

    'kakngah , kau kenal tak Qabil Ambak ? tanya adik sebelum lampu tidur dipadamkan .
    
    'kenallah , yang kuda kuda semua tu kennn ? jawab aku ringkas . 

belum sempat habis borak pasal Qabil Ambak . dua beradik dah sampai Hawaii .

yeahhh ini dia abang kacak Qabil Ambak . setelah baby google membantu , baru lah aku tahuu siapa Qabil Ambak ini . dengan semangat berkobar-kobar untuk duduk sama rendah , berdiri sama tinggi *tapi tinggi takat bahu dia jea lahhh . Ini orang sangat hebat dalam sukan berkuda equestrian . Jadi .........


 Alhamdulilah , akhirnya dapat jugak aku merase seperti abang kacak Qabil Ambak . ehhheee . seminggu dekat sane . bangga jea aku . mane taknya . pegi makan jumpe rider gempak , pegi toilet jumpe rider hebat , pegi main arena jumpe rider lagiii gempak tahap raja . masing-masing muka nak physco . macam aku nie baik sangat . dan macam tak reti nak physco orang . sooo macam tunjuk jea kebebalan dan kelembapan yang sememang dah menebal dalam diri ini ketika itu . c'mon lah rider baru , ape je yang aku tahu . baru lah sedar betapa freshie nya akuu dalam bidang kuda-kuda ini .

okay okay , cop . sebelum macam mata-mata cantik orang yang membaca entry ini , tolonglah jangan pecaye bahawa saya adalah rider yang lompat-lompat palang dengan kuda ituuu . ternyata saya masih dalam sesi pembelajaran untuk ke arah ituu . moga-moga FARISHA AZWANI menandingi Qabil Ambak suatu hari nanti . aminnnnn ~~~ *muka penuh berharap . tapi , Endurance adalah bidang aku ! eceh ayat macam dah power tahap dah boleh makan cangkul . tahukah ape itu Endurance ? nak aku explain menurut kepahaman aku , memang aku guarantee engko semua takkan paham . jadi , menurut cik wikipedia endurance adalah merupakan daya ketahanan atau daya tahan otot bermaksud kemampuan manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa yang panjang. haaaa begitulah ceritanya . 


okay ini adalah kuda yang bertanggungjawab untuk melayakkan saya ke peringkat seterusnya . Name dia Romeo bin mat sabun bin mat colgate . hahaha . tak lah . ROMEO ajahhh . Romeo sangatlah bersopan santun serta berbudi bahasa . sejuk ajeee mata memandang . sejuk lagi perut mak yang melahirkan Romeo ini . okay seriously , Romeo sangat baik . takde nak menendang-nendang orang . kuda orang aje yang menendang-nendang Romeo . nampak kann baiknya Romeo . lepas nie , aku macam nak buat ic baru . kalau romeo dah ade , juliet nye pun mesti ade juga . baru lah sehati sejiwa . gambar nie dekat stable yang diwujudkan sementara di padang kawad UTM . aku pikir macam takde orang minat dalam equestrian nie . tapii SALAAAAAHHH ! punya banyak kuda , ade kurus , ade gemok , ade pendek , ade besar , ade kecik , ade putih , ade hitam . macam-macam lah .


baju hitam tu , kak Balqis  dan abang machoo bebaju kuning itu Wildan . dua-dua rider . hmmmm gempak lah mereka ini . tapi dua-dua macam tak sehaluan dan tak sehati sejiwa dengan aku . dressage dan jumping menjadi pilihan . aku setakat endurance ajee . apakah itru dressage dan apakah itu jumping ? alaahaii aku pung macam susah nak explain . pegi aje google sendiri yahhh ^^ . mereka berdua ini sedang bergiat akif memandikan kuda . eh hapee kau pikir manusia aje perlu mandi ? kuda nie kalau tak mandi , tak groom dia . memang bepanau berkurap lah . ini kuda nama dia RANGER .

ini lagi santapan untuk mata anda :-





dah kepoh kepoh pasal aku masuk compt tapi takde gambar . tak best juga kenn .





untung aje Romeo pijak paku . kalau tak dah menang dah sayaaa . ouh itu jugak mungkin bahana buat Romeo sebab pegi campak aku tepi gaung sampai helmet mahal aku calarrrr ! nasib baik kuat , kalau tak dah ICU dah aku . dan mungkin jug aku begitu teruja sampai geng endurance aku tinggal berbatu-batu kebelakang . dan macam aku dalam hutan tu sorang-sorang . okay dah la macam kene duduk atas kuda tu sejauh 40km . Romeo watlek wat peace ajee . aku pulak yang kepenatan mengalahkan dia . nasib baik ade abang handsome 63 yang berbaik hati teman kan aku dalam hutan ituu . dia wakil negara katenya . ehmmm bangga lagi aku .

boleh tak macam aku nak terus pegi Sukan Olimpik lepastu menang Olahragawati negara ?

rindu semua detik,saat, minit,jam dekat sane <3