Friday, April 29, 2011

Kau Nak Obesiti Ke ?

 amboi comei betei la dua manusia nie . kalau di timang-timang mahu patah riuk tulang aku . paha depa nie dah sama besar dengan tapak kaki aku . kalau buat bantal peluk pun komfem lena dua hari dua malam . teringin nak jadi comel begini . tapi oh tidak , aku takdanya nak menternak lemak macam nie . tak seksi nanti . hahaha . jatuh merudum nanti saham aku . 

tapi apa mimpi basah  pulak aku nak update entry pasal OBESITI ? er begini ,tadi masa kelas Bm . kami (5AL-BIRUNIAN, kelas paling gempak,awesome,hawt,semua benda la kan .) berdebat gitu . ala debat cikai-cikai je . tapi serious aku cakap ,SERONOK gila . motion dia MASALAH OBESITI : SALAHKAN PIHAK SEKOLAH . hehe menarik bukan . macam-macam isu keluar . daripada isu nasi lemak sampai la isu malas bersukan  . okay mari kita mula :-

Apakah obesiti ? menurut fahaman aku setelah menela'ah kamus dewan bahasa & pustaka . obesiti bermaksud kegemukan yang diakibatkan oleh lemak yang berlebihan . kalau stakat perut kau berlipat 2-3 ,ehm takpayah risau sebab belum sampai tahap obes lagi . ianya normal . teruskan menternak lemak . bukan stakat darah tinggi malah penyakit jantung pun kau boleh dapat . lebih kronik kalau kau dapat penyakit pundi kencing berlubang . hahaha takde2 aku gurau je . belum jumpe lagi penyakit pundi kencing berlubang nie weh . bayangkan kalau kita obes ? sudah semestinya kita sukar untuk melakukan aktiviti harian . nak naik tangga pun berjam-jam inikan pula nak berjogging . tak sampai 5 minit jogg . dah tegelentang . lagi teruk kalau terus pi melantak .memang takkan kurus kalau mcm tu kau punya perangai .ha makanan berlemak ,berminyak dan terlalu manis antara penyumbang terbesar kepada masalah obesiti . ha makanan nie la yang menjadi fevret kita bukan ? . jangan tipu . sebab aku dah buat observation bhawa penduduk Malaysia lebih cenderung memilih makanan yang berminyak daripada makanan yang takde minyak . er macam mana tu ? ha senang cerita , kita lebih suka makan ayam goreng berbanding makan sayur rebus . kita lebih suka minum 7up berbanding air kosong . kita lebih gemar melangok depan laptop berbanding berenang kuak lentang kat tasik cempaka . betul ?

Selain tu , kegilaan kita untuk melantak KFC,MacDonald,PizzaHut,Domino's juga penyebab mengapa size baju bertukar ke XXXXL .yela semua orang tahu , makan fastfood nie senang , takpayah susah-susah nak masak.ada duit semua makan . tapi anda tahu tak , yang makanan nie semua mengandungi garam,gula dan lemak yang tinggi . Jadi , pandai-pandai la fikir kalau taknak jadi OBESITI ! . buat apa yang patut . kalau dah begelocak lemak kau jangan nak salahkan orang sekeliling pulak . jangan nak marah-marah bila orang tegur kau gemuk gedebab . ada paham ?

P/S : kenapa aku tak salahkan sekolah ?alah ikut suka aku la kan .

Thanks For Reading ,
  Lots Love
  .. WANIE ..

Monday, April 25, 2011

Bala Ke Hikmah ?

 Bismillahirahmanirahim ,,
                                                                  assalamualaikum .

wow aku mulakan dengan bismillah ,okay itu bermakna entry ini sangat serious . aku bukan apa, kenapa sejak kebelakangan nie banyak sangat masalah ? elok-elok dah aman damai hidup aku . kau pulak datang membawa onar .amboi ayat sastera gamaknya . adakah aku bakal pengganti sasterawan negara ? itu belakang cerita . mungkin post yang akan datang aku bagi baek punya cerita pasal cita-cita aku . sekarang mari kita membebankan otak mengapakah perkara banggang  nie macam tak reti-reti nak selesai sendiri .


 kenapa baru sekarang nak jadi macam nie ? minah nie dengan ego kebak dia , minah tu dengan kepala hotak dia berjambul . haiyoo come on la . kita kan KAWAN . kalau gaduh sehari dua takpa . nie tak kalau boleh sepanjang zaman kau nak bergaduh . bila taknak amek tahu pasal tu, cakap tak ambik kesah pulak . SUMPAH aku cakap aku tak suka doh macam nie . dulu elok je bertepuk tampa ,ketawa riang ,menangis meraung bersama . sekarang nie apa kes pulak ? dok la nages sorang-sorang , dok la gelak berdua *kalau sorang2 cakap aku gila pulak . dok la makan berpinggan-pinggan . okay itu takda kene mengena . T_T .

oleh sebab situasi semakin bertambah hampeh . apa kata kalau kita semua ;-

a) face to face . cakap je terus terang apa yang kau tak puas hati .
b)nak maen tarik-tarik rambut pun takpa . aku redha je .
c)stop memburuk-burukkan orang lain .
d)paling penting . cukup cukup lah tu menokok tambah cerita . tak kemana sudahnya nanti .

tolongla weh , kita hidup kat dunia nie tak lama . buat-buatnya esok kau dah tak diizinkan oleh ALLAH SWT  untuk melihat segala yang ada didunia nie .macam mana ? bila jasad kau dah tak mampu nak bergerak . nafas kau mula berhenti . ha time tu takdenya kau nak bangun balek pi carik org yang kau tak puas hati tu ,then kau nak mintak maaf . huh ,kalau aku mencipan dah aku lari . takdenya aku nak jumpa mayat hidup . fikir balek , bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita . sebaik-baiknya , mintak maafla pada yang berkenaan . takpe kalau dia taknak maafkan . itu urusan dia dengan Allah pulak . janji kita dah buat tanggungjawab kita . tak rugi mana la kalau kita mintak maaf . tak jatuh miskin pun kita . tak cacat pun kita .

INGAT !! . Dalam Islam , kalau dah lebih tiga hari kau tak bertegur sapa dengan kawan kau tu . kau dah selayaknya dapat DOSA BESAR . dosa sebelum nie pun dah bertimbun . nie kan nak tambah lagi .

grrr . dosa aku pun berbakul dok sebok nasihat orang lain .
sapa makan cili ,dia yang terasa pedas . kalau tak pedas jugak ,meh aku sumbat cili giling kat mulut hang .

P/S : kalau nak selesai belakang sekolah pun aku on je .

Thanks For Reading
  Lots Love
  .. WANIE ..

Saturday, April 23, 2011

Mungkin Belum Ada Rezeki .

                                      assalamualaikum .

*TITLE TAK BOLEH BLA . TAPI BETUL APA .
oh malam nie moh kito lari topik sikit . toksah sebok-sebok cito pasal hidup orang lain mahupun diri sendiri . mari kita bercerita tentang bola . biar betul cik wanie nak update entry pasal bola ? eleh selama nie pun ada je aku kepoh-kepoh pasal bola . so, tak payah nak hairan sangat la kan .=)lepas dok tegelentang depan tv . tetiba teringat akan kewajipan yang satu itu . SELAK SURATKHABAR . kenapa selak ? kenapa tak baca ? eh eh korang kalau nampak aku 'baca' suratkhabar, er jgn tertipu sudah . aku takde la nak baca sangat . tapi bab info sukan . YEA AKU BACA ! sejak azali lagi aku memang baca info sukan je .

               ..  NEGERI SEMBILAN - APA DAH JADI ? ..

OHHHMMMMJAAAYY , rank ke-12 ? DEM  -_-' . awat tak 14 terus ? okay chillax la kan . hero memang kalah dulu . yang dok atas tu belum tentu selamanya dok atas . dan yang dok bawah bukan selamanya dok bawah . tapi kalau nak terus jadi penghuni kat bawah pun boleh . janji tahan maki ah kan . biasa la penyokong bola sepak tempatan nie . pantang kalah sikit terus nak maki- maki . tahu tak player kenyang dek maki je ? sian dorang . aku turut bersimpati padahal aku jua lah yang turutserta dalam adegan maki-memaki . seronok ohh . =)

    malu !!taknak turun std dah !! nak bakar jersi !! nak pindah negeri lain !! tukar team !!

bagi penyokong pasukan yang ketika ini jatuh merudum mcm kucing kene sambar petir . mati kogheh . bersabarlah . wahai penyokong tegar Negeri Sembilan sekalian , tahukah anda bahawa ada di antara kita sudah mula berpaling arah ? jika dahulu separuh jiwa dan raganya hanya untuk N9 . kini tinggal suku je untuk N9 . suku lagi sudah di sedekahkan ke pasukan lain . mungkin Kedah ,Selangor, Kelantan ? inilah penyokong yang selayaknya digelar LALANG . langsung takde pendirian . tapi mengapa Selangor ? Kelantan ? Kedah ? . babe, haruslah dorang support Selangor dan Kelantan, mereka kan yang mendahului carta liga . dan apa kena mengena pulak dengan Kedah ? bukankah Kedah kini sudah mula meningkat naik ?. Bila pulak nak tunggu N9 yang mendahului carta liga ? Insyaallah , lebih kurang 5 tahun lagi . oh maaiii . time tu aku dah beranak pinak dah . tak larat dah nak pergi std . anak aku je yang terkinja-kinja tengok bola time tu . comelnya ~

Kenapa nak malu tengok prestasi bola sepak N9 camtu ? biasalah hidup nia adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah . mungkin tahun nie tahun kejatuhan N9 . mana tahu next year  . N9 memegang rekod bersih tanpa kalah ? ah time tu barulah semua ahli-ahli lalang sedunia kembali semula ke Negeri Sembilan . tipula kan kalau aku cakap aku tak malu bila N9 kalah/seri lawan ngn pasukan yang sepatutnya kemenangan menjadi milik N9 . tapi , kesah apa aku kalah ke seri ke . kalau nak menang je , tak best la . bayangkan , N9 terlalu hebat untuk lawan dengan mana-mana negeri . lawan dengan MU pun , MU kalah . agak-agak kau bila N9 dah takda tandingan dalam dunia nie , ada tak kau nak turun stdium lagi ? dari rumah je kau dah boleh agak pasukan mana yang menang . kalau aku, mintak maapla nak turun std . asyik menang je . polak lak ai . jadi , bila prestasi sesebuah pasukan merudum , penyokong akan tergerak hati nak pergi stdium dan berikan sokongan yang tak berbelah bahagi supaya team kesayangan mereka sedar bahawa dibelakang mereka ada penyokong yang sentiasa memberi sokongan .

wahai makcik-makcik sekalian alam , mengapakah mulut anda begitu berpuaka sampai ada satu saat aku rasa mcm nak godok je mulut makcik terhormat dengan penyapu lidi . duduk rumah cakap anak dara pemalas . keluar rumah cakap anak dara pegi mengatal . pegi shopping cakap pegi carik jodoh . oi makcik , semuanya tak boleh , habes kat mana lagi aku nak pegi ? ce cakap sikit . aku paling tak setuju bila ada makcik cakap orang perempuan terutamanya anak dara pegi tengok bola sebab nak !@#$%%^ .peh kasar bahasa kau tu makcik . habis tu kalau dah sejak azali aku minat bola . camna ? sudah sudah la tu sebok jaga tepi kain orang . kain aku belum terkoyak lagi . tak payah susah susah nak tolong jaga .

oh aku tak boleh cakap HIDUP MATIKU HANYA UNTUK NEGERI SEMBILAN sebab hidup mati aku hanya untuk ........... lain hari aku bagi tau . aku tak kesah kalau N9 turun ke liga perdana sekalipun . hati ini takkan pernah berubah . ececeh . cuma tolonglah , kita dah penah sandang gelaran juara . takkan prestasi juara macam nie ? tak kesian ke tengok makcik-makcik yang sanggup turun padang tinggalkan anak-anak mereka ? awek-awek yang sanggup hold texting dengan pakwe sebab nak tengok bola ? pakcik-pakcik yang bingkas bangun daripada dengar ceramah poligami untuk menyaksikan perlawanan team fevret mereka ? mat rempit yang cancel race sebab nak bersorak kemenangan ?  . renung-renungkan lah .

sebelum tu , maaf seandainya ada perkataan yang tak sepatutnya aku guna dalam entry kali nie . aku cuma menjadi siapa FARISHA AZWANI yang sebenar . kalau ada yang tak berkenan pasal aku . bagitahu je . aku lebih suka kalau bagitahu face to face . tak payah susah kan diri nak jadi anon .

P/S : SOKONGAN PENUH UNTUK SKUAD RUSA .

THANKS FOR READING .
  LOTS LOVE
  .. WANIE ..

Thursday, April 21, 2011

Orang Kaya Tak Beradab ?

                                assalamualaikum  =)

malam masih muda , jam baru menunjukkan pukul 10.30 . eh comes on ,takkan nak tidur dah . Keje kursus akaun tak berusik lagi . kengkawan kat Fb ramai pulak yang online . eh eh teruna pujaan hati pun on jugak  (3 . nie yang menambahkan lagi semangat nak ber'fb nie . study ? ala esok-esok pun boleh study . ops bangganya bila ada mcg masuk . baca kejap ah ;-

  'hey wanie charlotte , nuck tanyew satu soklan leh tuck ? napew ramai org kaya yang tuck beradab ? kat sekolah dulu tuck belajar sivik ke ?

peh dia guna ayat comel la . eewwww ~ hahahaha . terkentut-kentut juga aku bila baca soalan sahabat fb nie. ORANG KAYA TAK BERADAB ? benarkah ? budak yang tanya kat aku nie mesti dah kena bahana dengan orang kaya yang tak igt mati . mengapakah aku berkata begitu ? cop cop ,mulut aku bukan takde insurans eh cuma menyatakan kesohehannya aja dehhh . cuba hang pk , kalau dia igt mati, takde nya dia nak mendajal orang lain . bukan setakat tak berani nak mendajal orang , pijak semut api pun tak mati weh . muka suci memanjang .

Kenapa perkara yang buruk je dihalakan ke arah orang yang berkedudukan tinggi ? ? ? KENAPA !!! . tesentap juga aku tatkala mereka menuduh orang kaya tak beradab . bukan nak cakap aku kaya, tapi alhamdulilah selama nie belum ada lagi aku kelaparan . apa nak,semua dapat .*PEMBETULAN, bukan aku yang kaya , tapi parents aku . Penat otak aku yang behabuk nie berfikir . tadaaaa~~

          MEMANG BETUL ORANG KAYA TAK BERADAB ;-

sebab apa pulak aku cakap camtuh ? ha yela ce hang try  tengok bila orang kaya pi shopping . depa nie sesuka hati je maki hamun seller kalau brg yang depa mintak tu tersalah . paham dak ? sebagai contoh , Datin G beli 3 pasang kasut yang berjenama FENDI . dengan hati yang berbunga , Datin G pulang ke rumah . kalau balik rumah menyenangkan orang lain takpe , nie tak , tepekik telolong panggil bibik suruh angkat barang . bukak beg plastik ,tengok2 kasut yang dia beli tadi lain na ghupo eh , er korang rasa ada kemungkinan tak dia pergi balik kedai tu then cakap elok-elok dengan tuan empunya kedai  tu ? takpayah susah hang nak fikir sebab jawapan dia mesti TAK !

oh ada satu lagi , memang orang kaya tak beradab sebab depa nie nak kita semua dengar cakap depa ja . cakap kuli batak mana dorang nak dengar . akan rasa diperbodohkan la bagi orang kaya kalau dengar cakap orang yang tak kaya . kalau kau taknak dengar takpa, cakap la elok-elok . ini tak kenapa mesti menghina orang lain ?ha satu lagi , serious aku cakap , kalau ada 10 orang kaya dalam dunia nie , 8 daripada tu  macam hampeh . mengapakah ? dorang langsung tak jaga sensitiviti orang sekeliling . main lepas je kalau bercakap tu . main langgar je peraturan yang ada . yelah apa-apa berlaku,boleh bayar . kaya la katakan .

kadang-kadang anak orang kaya pulak yang lebih-lebih berlagaknya . nak beli baju dekat tempat-tempat mahal je . dekat Mydin atau Giant kau taknak pegi . kononnya nak jaga standard . acik kau la .nak jaga standard konon , padahal kau tak se'GAH manapun .

TAPI, perlu diingatkan . Bukan semua orang kaya yang berperangai sedemikian dan bukan semua orang yang biasa-biasa tu baik . ada juga yang lahabau nya . Jangan la buat spekulasi sendiri kalau kau kenal mana-mana orang kaya . kenal dulu ,selami hati budi , bawak jumpa mak ayah , masuk meminang . grrrr eh eh tu dah melecong jauh dah tu . apa yang penting , kenal dulu hati budi . kalau tak free-free je kau dapat saham sebab buruk sangka terhadap orang lain .


P/S : esok ada Earth's Day . tapi kena pergi smk jalan 3 la pulak .

Thanks For Reading
  Lots Love
 .. WANIE ..

Monday, April 18, 2011

Kau Langsung Takda HAK !

                                                   assalamualaikum =)


dekat dalam dunia nie , masing-masing ada hak tersendiri . even pokok dekat dalam hutan tu pun ada hak dia. itu tak cerita lagi bab hak manusia . sampai esok pun takkan habis kalau aku dok bercerita pasal hak manusia . tapi kenapa perlu kita hormat hak orang lain ? lantak pi la kat dia nak menonggeng ke,nak tegelentang ke kan,janji diri sendiri bahagia . hohoho kalau setiap manusia ada pemikiran macam nie, jahanam dunia tahu tak ! tak payah susah-susah buat Earth's Day segala bagai, perangai manusia pun dah terlebih cukup nak menjahanamkan negara apatah lagi agama/bangsa .

amboi terasa mcm Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat pulak .hehe. kau rasa tak ?ahhhh memang tersentap la kan sape yang penah mencabuli *wanie dah semakin skema.oh tapi takpe ,teruskan membaca hak orang lain . siapa pelajar cemerlang sekolah kompem2 dah belaja hak-hak sesama manusia . melainkan kau tidur dalam kelas macam aku, ha itu lain cerita . itu memang kau carik bala sebab tidur dalam kelas . bila kene marah dengan cikgu , kau salahkan cikgu pulak . ha mula la kau menubuhkan persatuan gerakan islah anti cikgu sedunia . kau la jadi ketuanya . WOIIII, kau tahu tak , kau dah cabuli/halang/menidakkan/ hak cikgu sebagai warga pendidik . mane taknya,cikgu ada hak atas diri kau sebab kau tu student dia . teachers pulak dekat sekolah mcm mak ayah kita . kira mak ayah angkat la senang cerita,tapi agak-agak la kalau nak marah guna perkataan puaka . itu memang boleh bawak perang gerila antara students dan teachers .heeh comel je berperang dalam sekolah. tapi tengok , mende kecik nie pun boleh jadi MASALAH BESAR . kau tahu sebab apa ? meh sini baca ;-

1) kau dah terkurang ajar dengan cikgu . bukan jiran kau yang bagi kau ilmu,yang tahan dengan perangai 'baik' kau tu . tak berkat ilmu kau .
2)dah kau kurang ajar dengan dia , kau hasut pulak kengkawan yang lain . mcm setan !
3)kau buat cerita yang tak pernah ada . contoh , cikgu tu beli kereta dengn duit dia,dalam masa yang sama dia rapat dengan sorang lelaki . ha terus kau cakap dia ada sugar daddy .
4)bila kau fail dalam subjek dia ,kau tuduh dia tak reti nak ajar . lebih berborak daripada mengajar .
5)kau memang MANUSIA YANG TAK BOLEH DITEGUR . !

masalah besar ke ? ha bagi aku mende nie tetap masalah besar. kalau tak bagi kau , bagi orang lain mungkin, yea !!!

kalau dalam Islam, apa hukumnya tidak menghormati hak orang lain ? okay ,sekarang juga pergi bukak balik buku teks pendidikan islam or sivik .

yehh , aku tulis bukan nak memburukkan sesiapa. contoh yang aku bagi tu pun takde relatednya pun dengan orang lain . ia hanyalah renungan dan peringatan untuk aku . bayangkan kalau orang tak hormat hak kau ? kau marah tak ? ada tak agak-agak kau nak sepak terajang muka dia ? jangan cakap takde . ponampa jopun hinngap kek pipi kau kang . kan dah terkeluar loghat n9 .

Aku paling pantang kalau org dok sebok-sebok kacau aku makan . kalau aku memang nak bagi tu belakang cerita la kan . nie tak , macam aku beli makanan tu untuk kau pulak . kau dah kacau hak aku . hak perut aku . hak badan aku nak menternak lemak . kalau amek makanan aku ,bagitahu aku dulu .aku boleh terima lagi . ini yang maen amek macam bapak kau ngn bapak aku same pulak .

oh tapi perlu diingatkan , mana-mana aweks yang cakap balak dia tu hak dia . meh sini jumpa aku amek hak kau . hak makian . duit beli top up pun mak ayah yang bagi ,kau pulak dok susah-susahkan diri nak top up untuk balak kau . bila dah break up, kau minta pulak dia pulangkan segala harta pusaka kau dah bagi kat dia .  bukan dulu dengan rela hati dan cinta yang agung ke kau bagi segala harta pusaka tu ? awat mintak balik ? buruk siku betul kau nie  ! cop dahi kau !!!!

aku nak pi belek-belek buku . USAHA TANGGA KEJAYAAN . nak jadi macam Kak Husna , 11A ooo .
cakap lebih , impikan macam-macam, usahanya aku tak nampak lagi . chaw bedah  .

SALAM ,
Thanks For Reading .
  LOTS LOVE
 .. WANIE ..

Friday, April 15, 2011

Mari Baca

Fuhh ! okay sekarang aku bukan nak cerita pasal Fuhh yang host dia Awal Ashaari tu . sikit aku tak heran .*padehal layan jugak,takpenah miss . sekarang nie aku nak share prob ngn korang pasal lebam bawah mate atau lingkaran hitam bawah mata . oh man , menatang nie sangat memalukan . kalau boleh aku nak kluar tutup mate gune kain batik mak aku . gila kau , nanti orang ingat  aku bergumpal dengan laki bini  orang pulak . oh mngkin proses penuaan . haha . jadi , aku telah mengeledah kotak buruk bawah katil nenek aku dan aku jumpe kitab veda petua orang asli jawa . er ada ke ? aku terpksa berulang alik dari rumah ke library untuk men-translate-kan kitab nie . bayangkan aku nak translate tulisan piktograf untuk fahaman aku & anda semua . baek tak aku ? *sumpah aku tipu je . entah sape punye blog aku geledah tadi pun aku tak tahu .

MARI KITA CUBA

Ikuti cara2 seperti berikut;
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Selain daripada menggunakan kentang, ada jugak orang cakap guna timun . humm .. lepas kau tepek timun tu kat bawah mata, mungkin kau boleh makan hirisan timun tu . lebih effective kot . tak kurang juga guna tomato .  orang cakap makan tomato boleh cantikkan kulit . oh ye,penah sekali aku tengok mamat nie punye la bernafsu tenyeh tomato kat kulit muka dia, lepas tu dia makan tomato tu . siap cicah sambal lagi . grrr ~

aku kurang pecaya bab-bab nak tenyeh benda makanan kat muka nie . takdo hasil ea ,ponek nunggu yo la . jadi , jangan teperanjatla kalau masuk bilik aku kau nampak segunung produk kecantikan . duet habieh,m'bazir maso,cantik eh tak jugak . mungkin aku perlu lebih bersabar dan redha dengan ketentuan .

hope tips yang aku share ngn korang nie membuahkan hasil . aku pun nak try jugak .=)

Thanks For Reading
 Lots Love
  ..WANIE..


Wednesday, April 13, 2011

Terima Kasih Atas Keprihatinan Anda .

 

Terima kasih di atas keprihatinan awak terhadap saya . Hajat nak tuka header tu ade  tapi kemalasan mengatasi segalanya . Em mungkin header saya tu sedikit menganggu sensitiviti sesetengah pihak . maaf yeah T_T .

tersentap jugak aku petang tadi bila Mash cakap ade org tak berapa nak berkenan dengan header aku . berasap jugak la aku .dia sape pulak kan nak bising2 hal aku . kalau aku jumpe memang aku bagi terajang baek punya . gamba tengah posing baek punye tepi sawah siap ade tiang letrik kat belakang ,kau tak suke pulak kan . kau jeles ea ?? mase Mash gtau tu , aku rase nak sodok je muka kau .lumrah manusia, pantang tengok org up sikit, mula lah nak memekak . aku rase nak carut je depan muka dia . yelah ,pengetahuan aku dalam bab-bab mencarut nie pun tak kurang hebatnya . boleh menanah telinga kau nanti . seharian aku memaksa otak untuk berfikir siapakah gerangan yang begitu prihatin tu kan .  
                    ..............TAPI...............

bila aku sampai je rumah, aku mula terfikir . mengapakah da begitu taksub nak suruh aku tuka header . ?? lantas kaki laju menaiki tangga dan tangan pantas mencapai laptop yang tersimpan kemas dalam beg .

'hurm,memang kewajipan aku tuka header '.

kalau orang berkenan baca entry nie , abaikan apa yang aku tulis kat atas . sebab aku dah sedar kesilapan diri . em aku pulak rase nak terajang diri sendiri . kau tegur aku sebab kau syg aku kan kan ? baek kau ngaku sekarang.
sayang cakap sayang . weh ,thanks auw sebab kau tegur aku even kau tak tegur depan depan .

*sape nak buat kebajikan kat aku ? dapat pahala wooo tolong orang .

Monday, April 11, 2011

 . aku dah penat . aku dah penat . aku dah penat .

ALLAH sengaja .....

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..

mood : dalam hati ada taman <3

Gaduh & Mencarut .

                      
taaaddaaaa ~ aku post entry lagi . haha terlalu bernafsu pulak harinie nak post entry . yela kan aku dah lama tak merapu kat sini . alang-alang dah mengadap lappy nie , ikut suka aku la kan nak post berapa banyak pun . keje kau bace jea apa yang aku post . terimas yahh ! aku nak story apa ek ? ha okay okay aku dah tahu dah . ngeehehe .

'woi xabi,kau memang tak reti nak setia kan ' atau ' sial la kau , dah dapat betina laen ,kau cabut camtu je ' .

Seperti yang berlega-lega di kepala otak aku , ayat nie sah-sah digunakan oleh pasangan kekasih *eceh geli doh* ketika bergaduh . tak salah gaduh malah aku lagi suka . kalau bertepuk tampa,sepak terajang lagi aku suka . aku akan bersorak kalau tengok drama sebabak camnie . yela kalau tengok kat tb tak syokk . alang-alang dah real depan mata .mahu nye aku tak tengok . tapi an bila fikir-fikirkan balik . amat la melampaui batas kalau dah semua naek . em maksud aku, tangan kau dah melekat kat pipi gebu awek kau .bukan bende laen yang naek ea. itu SUMPAH aku cakap . ia terlalu melampau . free-fre kau dapat dosa sebab sentuh bukan mahram kau , lepas tuh ape hak kau nak tampa anak orang ? baru couple belum kahwin .

wadepak !

xabi,fuck,sial,haram jadah,lahabau . ha ini satu lagi masalah dunia . dalam percakapan harian pun mulut kau dah macam niyang rapik . nie kan lagi bila gaduh . macam-macam perkataan kesat kau sembur kat awek kau .tak pasal-pasal.

come on bro , kata sayang . kalau sayang awat kau sembur awek kau dengan perkataan yang kurang bijak nie ? lazimnya, manusia yang mempunyai tubuh badan ketak-ketak yang berperangai cmnie . ala senang cerita . LELAKI . ada paham ? kalau bab kaum hawa nie ,tak kot . sebab spesis aku nie lebih sopan dan lebih penyabar . dan yang paling penting . mereka ini kebanyakan nya adalah MELAYU .

penyelesaian terbaik . duduk dan bawa berbincang . kan lebih bagus . takde sape akan berkecil hati ? cuba kau buat selamba badak lepas gaduh tanpa bawa berbincang ? mahu terjun bangunan nanti awek kau . ha femes awek kau dalam suratkhabar .

cuba ubah sikap masing-masing . macam mane melayu nak maju ? maju dek mencarut je . kalau ade pertandingan mencarut antara kaum . komfem melayu menang . nak-nak lagi kalau aku yang jadi judge . bukan ke kita bakal umi/ibu/emak/mami/daddy/ayah/walid ? kalau perangai kita sekarang macam puaka ,anak-anak kita nanti mcm mane ?

Thanks For Reading .
LOTS LOVE
 ..WANIE..

aku taktau nak letak title ape -_-'

                                            assalamualaikum  =)

pengakuan dari hati yang suci . AKU TERPONTENG SKOLA HARINI . bukan saja2 nak ponteng , tapi pagi tadi alarm tak berbunyi pulak lepas tu suara mak aku kejutkan pagi2 alahaiii comel sangat . tu sebab aku tak pergi skola . ini betul tak tipu punya . lagipun penat sgt wei . sabtu ada qiam . semalaman aku tak tidur . semua salah Fattah .. hahaha takdela sebenarnya aku yang taknak tidur . Biasa la kan dah jumpa kengkawan kat skola . mcm la hang tak penah rasa betapa seronoknya dok melepak sampai pagi dengan kengkawan . lepas tu ,hari ahad pulak aku taktau apa aku buat tapi sumpah penat .

tengah tengah tuh la Ustaz Hizbur Rahman . baju oren tu budak hawt . haha

kau hado ?
muke wanted semua . kecuali yang berkopiah .
ehmmm .masyitah*

Kecurangan teserlah . AMAL !

gilak ah aku rase mcm nak lompat2 mcm beruk bile jumpe Ustaz Hizbur Rahman . kau kenal tak sapekah beliau ? mane kau nak tahu .. orang yang layan IMAM MUDA cm aku je tau . kau layan ape ? itu baru Hizbur Rahman,belum  Asyraf lagi . ha wa cakp lu kalau pihak skolah invite Asyraf aku lompat lebih dari beruk ah .

okay stop sampai sini je ah . maher zain aku dah tunggu lame ..

p/s : sorry ha malam tu punye kes .

Thanks For Reading .
LOTS LOVE
 .. WANIE ..



Saturday, April 02, 2011

satu hari bulan empat .

Khalid    :man,nanti kau amek nasi bungkus kat warung pak sarto tu ea .
Man       :Ambik je ? duit mane ? .
Khalid   :em aku dah bayar tadi kat dia . kau amek je la .aku dah cakap dah pun kat pak sarto .
Man      : yes ! no hal der , kau blnje aku okay je ,skrng aku amek pun takpe .

Man ke Warung Pak Sarto untuk mengambil nasi bungkus yang di arahkan oleh Khalid .Selamba badak Man mencedok nasi berserta lauk pauk ke dalam polistrene .Man berlalu pergi setelah menghadiakan sebuah senyuman kepada Pak Sarto . Orang tua itu bertambah pelik apabila tiada sebarang bayaran dilakukan .

Pak Sarto : Mannn !!!!!! makan ape harini sampai lupe nak singgah kaunter ?
Man          : pagi tadi saye melantak meggi . awatnya pak sarto ?
Pak Sarto : tade la ,pakcik nak tanye , nenek kamu ade share ngn pkcik ke warung nie ?
Man          : eh eh eh , nenek saye takde share ngn pak sarto ea ? saye ingt ade .
Pak Sarto : dulu aku nie gengster , kang tak pasal-pasal lebam bijik mate kau kang . melawak pulak.
Man         : Pak Sarto nak ape senanye nie ?
Pak Sarto : amboi , kau tak reti-reti nak bayar nasi yang berbungkus-bungkus kau beli tu ke ?
Man          : semakin hari semakin tamak pulak Pak Sarto nie kan . Khalid kan dah bayar tadi . saye datang nie nak amek nasi nie jea .
Pak Sarto : kepala lutut kamu,Khalid dah berjaman tk dtg warung aku nie,mase bile pulak dia byr ?
Man          : habes saye yg kne bayar la nie ?
Pak Sarto : yela .$$$$$$

Tanpa berlengah , Man menapak pulang ke rumah .

Khalid     : nasi mane ? *sambil tersenyum .
Man        : nasi abah kau . kau kate dah bayar ?
Khalid    : em em em kawan , APRIL FOOOLLLL !!
________________________________________________________.

lupe pula nak bagi salam .. assalamu'alaikum  . okay jum sambung . whoa harinie entry aku 4.30 pagi . gila ah . aku baru perasan sekarang nie dah bulan April . tetibe teringat dulu2 selalu maen april fool . mcm bangang pun ade ,dah kene tipu lepas tuh gelak-gelak . selalunye tak kaki ,tangan hinggap kat membe . tapi bile 1/4 je , kene tipu pun boleh senyum je . wanie oh wani T_T . zaman sekarang nie kita sedap2 je ikut ape yang orang barat buat , dia smbut halloween kite pun smbut , april fool toksah cite la kan . tapi adakah korang tahu cerita di sebalik APRIL FOOL'S DAY nie ?kalau tak tahu teruskan membaca dan yang dah tahu pun teruskan membaca . jgn cepat sgt nak X .

Mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
see, dah tahu cerita kan ? korang pun dah cukup besar nak bezakan patut ke hari mcm nie diraikan . Lu pikir ah sendiri . 

P/S : Semoga ALLAH membuka pintu hati kita untuk bertaubat .

Tips Menangani Stress -_-'

                                               assalamu'alaikum ,
                                 tak jawab dosa,kalau jawab sayang . (-3

setiap kali nak exam, perkataan STRESS famous betul kan . tu tak kira lagi kalau study last minit . ha bebuih la mulut dek perkataan stress . semua orang pernah stress even makcek jual karipap pun hari hari stress . *mongak la kan kalau kau kobaan kau tak ponah stress .  adik aku yang darjah 3 tu pun pandai stress . tapi dia stress takde la seteruk korang . okay tipu kalau aku  cakap aku tak penah stress . Dulu-dulu mase nak PMR amboi stress je memanjang . Yelakan cekgu ngajar kat depan , aku sibuk dok buat taik mate , bila dh nak dekat exam baru tergedik-gedik cover balek . kalau paham takpe,nie baru bce subtopic dah ade stars kat atas kepala . ape kes ? bile dapat result ,mate pun dah ber-stars . ! t_t

'eh ape kau akan buat kalau kau stress ea? ' . ehm jwb senang kacang tu meh sini aku jwab , diantara perkara HARUS aku buat bile stress :-

a) nages sorang-sorang dalam bilik . yela takkan nak nages berduet pulak kan .
b) aku akan makan sebanyak yang boleh . paleng kurang pun 3 jam sekali . ini betul punye cerita !
c)keluar pi shopping .  MINES rumah kedua aku . so sesape terserempak aku kat sane . paham-paham ye .
d) dengar lagu dangdut . hahaha gila . tipu je ah .
e)  toreh tangan gune pisau lipat yang berharga 60 sen kat kedai Ah Seng . tapi nie mase zaman jahiliah dulu .

Bila dah semakin matang nie , baru aku sedar ade perkara yang tak sewajarnya aku buat bile tengah stress . okay perkara tu pun aku dah tak buat sekarang nie . *Bangge . sekarang nie ,perkara yang aku akan buat kalau stress :-

a) SENYUM - eh come on la babe , ape kes kau nak senyum-senyum ? eh chill dulu kawan , korang akan mempelbagaikan aksi muke bile hadapi situasi nie ye dak ? ha ape salahnya kalau ukirkan sebuah senyuman untuk kebaikan diri sendiri , Insya-Allah , pasti akan sedikit reda dan kurang tekanan . mcm selalu aku buat . walaupun kerang busuk ngn rupe aku tak jauh beza .hehe

b) BERSENDIRIAN - em perkara nie akn d'lakukan oleh sesape je klau tertekan . em tak salah kalau nak bersendirian ,mungkin cara nie boleh membantu korang semua tangani masalah . tapi bila dah sensorang tu,jgn buat perkara tak senonoh pulak .

c) CHILL - okay yang nie aku mengaku memang payah nak buat . buat keputusan menonong je . lepas tu baru menyesal . em camnie ek ? ha okay cmnie ,ape kate kalau korang bajet chill ,cool dan yang seangkatan dengannye . tarik nafas sedalam yang boleh lepas tu try bertahan untuk 2 jam . Insya-Allah chill la korang untuk selame-lamenye . haha takde takde ,gurau je . cube elakkan daripada buat sebrg keputusan . lepas tu jgn pikir mcm2 . tidur adelah jalan terbaik =) .

d)PELUK - amboi nak berpeluk segala bagai . kalau yg bercouple tuh ,seronokla yea . haha AMARAN KERAS-jgn sesekali buat bende nie . BERDOSA tahu ! . okay maksud aku , bile kita tengah tertekan dan sebagainya , kita akan lebih lega bile dapat peluk makhluk lain . tak semestinya peluk manusia . klau ade arnab,peluk jela ade teddy bear yang besar korang lagi bagus . ade bulu-bulu . BEST ! . kalau aku ,aku suek peluk diri sendiri . err cane uh ?okay jujur aku ckp , aku suke org peluk aku . PEREMPUAN je ! kalau lelaki tu,tunggu kawen ah .

e) ALLAH SWT - bila tengah susah baru ingat Allah , klau tak haram jadah nak igt . ikut segala perintah-NYA dan tinggalkan larangan-NYA . diri kan solat supaya lebih dekat dengan ALLAH . kalau dah malas sgt tahap kambing tu , amek wudhuk lepas tu bace AL-QURAN . 

em senanye saje nak kongsi cara aku tangani stress . aku kesian sgt bila bace surat khabar lepas tu ade kes remaja terjun bangun sebab stress , amek dadah , merokok , lari dari rumah . haiyooo takde faedah la buat cmtu . setiap orang berbeza dalam cara tangani stress .so ,ini cara aku . try la . mane tahu berkesan pulak . =)

P/S : ESOK AKU AKAN KE BROGA DAN MUNGKIN AKAN KE RUMAH KEDUA AKU ! .

THANK FOR READING
    LOTS LOVE
  ...WANIE...