*TITLE TAK BOLEH BLA . TAPI BETUL APA .
oh malam nie moh kito lari topik sikit . toksah sebok-sebok cito pasal hidup orang lain mahupun diri sendiri . mari kita bercerita tentang bola . biar betul cik wanie nak update entry pasal bola ? eleh selama nie pun ada je aku kepoh-kepoh pasal bola . so, tak payah nak hairan sangat la kan .=)lepas dok tegelentang depan tv . tetiba teringat akan kewajipan yang satu itu . SELAK SURATKHABAR . kenapa selak ? kenapa tak baca ? eh eh korang kalau nampak aku 'baca' suratkhabar, er jgn tertipu sudah . aku takde la nak baca sangat . tapi bab info sukan . YEA AKU BACA ! sejak azali lagi aku memang baca info sukan je .
.. NEGERI SEMBILAN - APA DAH JADI ? ..
OHHHMMMMJAAAYY , rank ke-12 ? DEM -_-' . awat tak 14 terus ? okay chillax la kan . hero memang kalah dulu . yang dok atas tu belum tentu selamanya dok atas . dan yang dok bawah bukan selamanya dok bawah . tapi kalau nak terus jadi penghuni kat bawah pun boleh . janji tahan maki ah kan . biasa la penyokong bola sepak tempatan nie . pantang kalah sikit terus nak maki- maki . tahu tak player kenyang dek maki je ? sian dorang . aku turut bersimpati padahal aku jua lah yang turutserta dalam adegan maki-memaki . seronok ohh . =)
malu !!taknak turun std dah !! nak bakar jersi !! nak pindah negeri lain !! tukar team !!
bagi penyokong pasukan yang ketika ini jatuh merudum mcm kucing kene sambar petir . mati kogheh . bersabarlah . wahai penyokong tegar Negeri Sembilan sekalian , tahukah anda bahawa ada di antara kita sudah mula berpaling arah ? jika dahulu separuh jiwa dan raganya hanya untuk N9 . kini tinggal suku je untuk N9 . suku lagi sudah di sedekahkan ke pasukan lain . mungkin Kedah ,Selangor, Kelantan ? inilah penyokong yang selayaknya digelar LALANG . langsung takde pendirian . tapi mengapa Selangor ? Kelantan ? Kedah ? . babe, haruslah dorang support Selangor dan Kelantan, mereka kan yang mendahului carta liga . dan apa kena mengena pulak dengan Kedah ? bukankah Kedah kini sudah mula meningkat naik ?. Bila pulak nak tunggu N9 yang mendahului carta liga ? Insyaallah , lebih kurang 5 tahun lagi . oh maaiii . time tu aku dah beranak pinak dah . tak larat dah nak pergi std . anak aku je yang terkinja-kinja tengok bola time tu . comelnya ~
Kenapa nak malu tengok prestasi bola sepak N9 camtu ? biasalah hidup nia adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah . mungkin tahun nie tahun kejatuhan N9 . mana tahu next year . N9 memegang rekod bersih tanpa kalah ? ah time tu barulah semua ahli-ahli lalang sedunia kembali semula ke Negeri Sembilan . tipula kan kalau aku cakap aku tak malu bila N9 kalah/seri lawan ngn pasukan yang sepatutnya kemenangan menjadi milik N9 . tapi , kesah apa aku kalah ke seri ke . kalau nak menang je , tak best la . bayangkan , N9 terlalu hebat untuk lawan dengan mana-mana negeri . lawan dengan MU pun , MU kalah . agak-agak kau bila N9 dah takda tandingan dalam dunia nie , ada tak kau nak turun stdium lagi ? dari rumah je kau dah boleh agak pasukan mana yang menang . kalau aku, mintak maapla nak turun std . asyik menang je . polak lak ai . jadi , bila prestasi sesebuah pasukan merudum , penyokong akan tergerak hati nak pergi stdium dan berikan sokongan yang tak berbelah bahagi supaya team kesayangan mereka sedar bahawa dibelakang mereka ada penyokong yang sentiasa memberi sokongan .
wahai makcik-makcik sekalian alam , mengapakah mulut anda begitu berpuaka sampai ada satu saat aku rasa mcm nak godok je mulut makcik terhormat dengan penyapu lidi . duduk rumah cakap anak dara pemalas . keluar rumah cakap anak dara pegi mengatal . pegi shopping cakap pegi carik jodoh . oi makcik , semuanya tak boleh , habes kat mana lagi aku nak pegi ? ce cakap sikit . aku paling tak setuju bila ada makcik cakap orang perempuan terutamanya anak dara pegi tengok bola sebab nak !@#$%%^ .peh kasar bahasa kau tu makcik . habis tu kalau dah sejak azali aku minat bola . camna ? sudah sudah la tu sebok jaga tepi kain orang . kain aku belum terkoyak lagi . tak payah susah susah nak tolong jaga .
oh aku tak boleh cakap HIDUP MATIKU HANYA UNTUK NEGERI SEMBILAN sebab hidup mati aku hanya untuk ...........
sebelum tu , maaf seandainya ada perkataan yang tak sepatutnya aku guna dalam entry kali nie . aku cuma menjadi siapa FARISHA AZWANI yang sebenar . kalau ada yang tak berkenan pasal aku . bagitahu je . aku lebih suka kalau bagitahu face to face . tak payah susah kan diri nak jadi anon .
P/S : SOKONGAN PENUH UNTUK SKUAD RUSA .
THANKS FOR READING .
LOTS LOVE
.. WANIE ..
No comments :
Post a Comment