tapi apa mimpi
Apakah obesiti ? menurut fahaman aku setelah menela'ah kamus dewan bahasa & pustaka . obesiti bermaksud kegemukan yang diakibatkan oleh lemak yang berlebihan . kalau stakat perut kau berlipat 2-3 ,ehm takpayah risau sebab belum sampai tahap obes lagi . ianya normal . teruskan menternak lemak . bukan stakat darah tinggi malah penyakit jantung pun kau boleh dapat . lebih kronik kalau kau dapat penyakit pundi kencing berlubang . hahaha takde2 aku gurau je . belum jumpe lagi penyakit pundi kencing berlubang nie weh . bayangkan kalau kita obes ? sudah semestinya kita sukar untuk melakukan aktiviti harian . nak naik tangga pun berjam-jam inikan pula nak berjogging . tak sampai 5 minit jogg . dah tegelentang . lagi teruk kalau terus pi melantak .memang takkan kurus kalau mcm tu kau punya perangai .ha makanan berlemak ,berminyak dan terlalu manis antara penyumbang terbesar kepada masalah obesiti . ha makanan nie la yang menjadi fevret kita bukan ? . jangan tipu . sebab aku dah buat observation bhawa penduduk Malaysia lebih cenderung memilih makanan yang berminyak daripada makanan yang takde minyak . er macam mana tu ? ha senang cerita , kita lebih suka makan ayam goreng berbanding makan sayur rebus . kita lebih suka minum 7up berbanding air kosong . kita lebih gemar melangok depan laptop berbanding berenang kuak lentang kat tasik cempaka . betul ?
Selain tu , kegilaan kita untuk melantak KFC,MacDonald,PizzaHut,Domino's juga penyebab mengapa size baju bertukar ke XXXXL .yela semua orang tahu , makan fastfood nie senang , takpayah susah-susah nak masak.ada duit semua makan . tapi anda tahu tak , yang makanan nie semua mengandungi garam,gula dan lemak yang tinggi . Jadi , pandai-pandai la fikir kalau taknak jadi OBESITI ! . buat apa yang patut . kalau dah begelocak lemak kau jangan nak salahkan orang sekeliling pulak . jangan nak marah-marah bila orang tegur kau gemuk gedebab . ada paham ?
P/S : kenapa aku tak salahkan sekolah ?alah ikut suka aku la kan .
Thanks For Reading ,
Lots Love
.. WANIE ..



No comments :
Post a Comment