malam masih muda , jam baru menunjukkan pukul 10.30 . eh comes on ,takkan nak tidur dah . Keje kursus akaun tak berusik lagi . kengkawan kat Fb ramai pulak yang online . eh eh teruna pujaan hati pun on jugak (3 . nie yang menambahkan lagi semangat nak ber'fb nie . study ? ala esok-esok pun boleh study . ops bangganya bila ada mcg masuk . baca kejap ah ;-
'hey wanie charlotte , nuck tanyew satu soklan leh tuck ? napew ramai org kaya yang tuck beradab ? kat sekolah dulu tuck belajar sivik ke ?
peh dia guna ayat comel la . eewwww ~ hahahaha . terkentut-kentut juga aku bila baca soalan sahabat fb nie. ORANG KAYA TAK BERADAB ? benarkah ? budak yang tanya kat aku nie mesti dah kena bahana dengan orang kaya yang tak igt mati . mengapakah aku berkata begitu ? cop cop ,mulut aku bukan takde insurans eh cuma menyatakan kesohehannya aja dehhh . cuba hang pk , kalau dia igt mati, takde nya dia nak mendajal orang lain . bukan setakat tak berani nak mendajal orang , pijak semut api pun tak mati weh . muka suci memanjang .
MEMANG BETUL ORANG KAYA TAK BERADAB ;-
oh ada satu lagi , memang orang kaya tak beradab sebab depa nie nak kita semua dengar cakap depa ja . cakap kuli batak mana dorang nak dengar . akan rasa diperbodohkan la bagi orang kaya kalau dengar cakap orang yang tak kaya . kalau kau taknak dengar takpa, cakap la elok-elok . ini tak kenapa mesti menghina orang lain ?ha satu lagi , serious aku cakap , kalau ada 10 orang kaya dalam dunia nie , 8 daripada tu macam hampeh . mengapakah ? dorang langsung tak jaga sensitiviti orang sekeliling . main lepas je kalau bercakap tu . main langgar je peraturan yang ada . yelah apa-apa berlaku,boleh bayar . kaya la katakan .
kadang-kadang anak orang kaya pulak yang lebih-lebih berlagaknya . nak beli baju dekat tempat-tempat mahal je . dekat Mydin atau Giant kau taknak pegi . kononnya nak jaga standard . acik kau la .nak jaga standard konon , padahal kau tak se'GAH manapun .
TAPI, perlu diingatkan . Bukan semua orang kaya yang berperangai sedemikian dan bukan semua orang yang biasa-biasa tu baik . ada juga yang lahabau nya . Jangan la buat spekulasi sendiri kalau kau kenal mana-mana orang kaya . kenal dulu ,selami hati budi , bawak jumpa mak ayah , masuk meminang . grrrr eh eh tu dah melecong jauh dah tu . apa yang penting , kenal dulu hati budi . kalau tak free-free je kau dapat saham sebab buruk sangka terhadap orang lain .
P/S : esok ada Earth's Day . tapi kena pergi smk jalan 3 la pulak .
Thanks For Reading
Lots Love
.. WANIE ..
No comments :
Post a Comment