Man :Ambik je ? duit mane ? .
Khalid :em aku dah bayar tadi kat dia . kau amek je la .aku dah cakap dah pun kat pak sarto .
Man : yes ! no hal der , kau blnje aku okay je ,skrng aku amek pun takpe .
Man ke Warung Pak Sarto untuk mengambil nasi bungkus yang di arahkan oleh Khalid .Selamba badak Man mencedok nasi berserta lauk pauk ke dalam polistrene .Man berlalu pergi setelah menghadiakan sebuah senyuman kepada Pak Sarto . Orang tua itu bertambah pelik apabila tiada sebarang bayaran dilakukan .
Pak Sarto : Mannn !!!!!! makan ape harini sampai lupe nak singgah kaunter ?
Man : pagi tadi saye melantak meggi . awatnya pak sarto ?
Pak Sarto : tade la ,pakcik nak tanye , nenek kamu ade share ngn pkcik ke warung nie ?
Man : eh eh eh , nenek saye takde share ngn pak sarto ea ? saye ingt ade .
Pak Sarto : dulu aku nie gengster , kang tak pasal-pasal lebam bijik mate kau kang . melawak pulak.
Man : Pak Sarto nak ape senanye nie ?
Pak Sarto : amboi , kau tak reti-reti nak bayar nasi yang berbungkus-bungkus kau beli tu ke ?
Man : semakin hari semakin tamak pulak Pak Sarto nie kan . Khalid kan dah bayar tadi . saye datang nie nak amek nasi nie jea .
Pak Sarto : kepala lutut kamu,Khalid dah berjaman tk dtg warung aku nie,mase bile pulak dia byr ?
Man : habes saye yg kne bayar la nie ?
Pak Sarto : yela .$$$$$$
Tanpa berlengah , Man menapak pulang ke rumah .
Khalid : nasi mane ? *sambil tersenyum .
Man : nasi abah kau . kau kate dah bayar ?
Khalid : em em em kawan , APRIL FOOOLLLL !!
________________________________________________________.
lupe pula nak bagi salam .. assalamu'alaikum . okay jum sambung . whoa harinie entry aku 4.30 pagi . gila ah . aku baru perasan sekarang nie dah bulan April . tetibe teringat dulu2 selalu maen april fool . mcm bangang pun ade ,dah kene tipu lepas tuh gelak-gelak . selalunye tak kaki ,tangan hinggap kat membe . tapi bile 1/4 je , kene tipu pun boleh senyum je . wanie oh wani T_T . zaman sekarang nie kita sedap2 je ikut ape yang orang barat buat , dia smbut halloween kite pun smbut , april fool toksah cite la kan . tapi adakah korang tahu cerita di sebalik APRIL FOOL'S DAY nie ?kalau tak tahu teruskan membaca dan yang dah tahu pun teruskan membaca . jgn cepat sgt nak X .
Mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
see, dah tahu cerita kan ? korang pun dah cukup besar nak bezakan patut ke hari mcm nie diraikan . Lu pikir ah sendiri .
P/S : Semoga ALLAH membuka pintu hati kita untuk bertaubat .
No comments :
Post a Comment